Bonus Hari Raya : Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Bagi Tujuh Negeri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

rentetan daripada pengumuman bonus untuk kakitangan awam oleh Kerajaan Pusat sempena hari raya yang akan tiba, tujuh (7) Kerajaan Negeri mengikut langkah Kerajaan Pusat bagi meringankan beban kakitangan awam membuat persiapan hari raya.

alhamdulillah..ada rezeki raya kali ini…x la rasa lelah sgt nak beraya w/pun dlm keadaan yg sederhana…

Guru al-Quran, Fardu Ain di Melaka dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor mengikut langkah Kerajaan Pusat dengan membayar bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta untuk membayar bonus kepada 16,000 kakitangan awam dan badan berkanun negeri yang akan diberikan sebelum Aidilfitri.

Di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan seramai 7,776 kakitangan awam negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta.

Di AYER KEROH, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata seramai 4,844 pegawai dan kakitangan awam negeri akan menerima bonus mereka pada 18 Ogos ini serentak dengan gaji bulan ini.

“Pemberian bonus sebanyak RM3.2 juta yang turut meliputi guru kelas al-Quran dan Fardu Ain, adalah bukti sikap prihatin dan pemurah kerajaan negeri dalam menghargai jasa kakitangan awam selain mengiktiraf sumbangan mereka terhadap pembangunan Melaka,” katanya.

Di SEREMBAN, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lebih 4,000 kakitangan awam termasuk agensi kerajaan negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan membayar bonus kepada 12,570 kakitangan negerinya pada pertengahan bulan ini.

Di KOTA BHARU, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kira-kira 6,000 kakitangan awam akan menikmati bonus yang dijangka membabitkan peruntukan RM5 juta.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan mengikut langkah Kerajaan Pusat membayar bonus setengah bulan gaji dan menarik balik keputusannya pada 3 Ogos lalu untuk memberi bonus RM500 kepada semua kakitangan Gred 54 ke bawah.

“Ia bukan bermakna kakitangan awam negeri akan dibayar dua kali bonus, tetapi hanya memberi mereka setengah bulan gaji seperti Kerajaan Pusat,” katanya.

Sumber : Berita Harian

ps : ibu & abah Mifzal Arsyad dua2 kakitangan awam persekutuan…alhamdulillah..dapat la merasa 2 bayaran bonus..ibu separuh gaji n abah separuh gaji..kira jd sebulan gaji la jugak kan..hahah..banyak la ibu punya sebulan gaji..heheh..x sampai pun..

 

 788 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. Woah this kind of site is usually excellent i prefer understanding your site content chaabi mp3. Continue being the excellent artwork! You recognize, a lot of people are looking rounded due to this facts, it is possible to make them greatly.

1 Trackback / Pingback

  1. Bantuan Khas Kewangan 2017 Untuk Penjawat Awam – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*