Berita Baik Untuk Penjawat Awam?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu ada terbaca akhbar Sinar Harian online mengenai bakal ada berita baik untuk pejawat awam. Petikan berita tersebut adalah seperti dibawah.

TPM dan Penjawat Awam

Kota Bharu : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.

“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai. (KLIK untuk baca selanjutnya)

Sumber : Sinar Harian Online

Wah!! berita apa la itu. Tak akan naik gaji lagi kot sebab terasa baru sangat gaji naik. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan ๐Ÿ˜€ (senyum lebar)

Mungkin juga ada berkaitan dengan tuntutan yang dibuat oleh pihak Cuepacs kepada kerajaan seperti pelarasan Elaun Tetap Perumahan RM480 sebulanย ย kepada semua penjawat awam dan pelarasan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM400 sebulan tanpa mengira lokasi tempat bertugas penjawat awam.ย 

Bagi pendapat ibu, contoh dua jenis cadangan pelarasan (bold) oleh Cuepacs itu perlu kerana mengambil kira kos sara hidup yang makin meningkat dan sewa rumah atau ansuran rumah yang mahal terutamanya di bandar-bandar utama.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja lah pengumuman tersebut. Sama ada betul atau sekadar gula-gula pilihan raya?



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
228 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments