Berhosting ServerFreak Kini


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, ibu nekad juga bertukar hosting. Kini blog IbuMifzal.Com menggunakan hosting daripada ServerFreak Technologies Sdn. Bhd. Selepas hampir 5 bulan sebelum ini menggunakan khidmat Fivio Enterprise. Domain IbuMifzal.Com pula masih dalam proses transfer dari Anjungcafe Hosting ke ServerFreak.

tukar hosting

Yang membuatkan ibu nekad untuk bertukar hosting walaupun tempoh hosting dengan pihak Fivio hanya berakhir pada pertengahan Oktober 2013 nanti kerana sejak 5 bulan kebelakangan ini, ada sahaja masalah dengan blog ini. Terbaru masalah database (tidak yang terkini) dan cpanel yang tidak dapat ibu akses. Ibu tidak mengatakan 100% salah pihak Fivio kerana kadang-kadang ada juga masalah blog disebabkan sendiri oleh ibu yang gatal tangan edit themes (salah script  html) sampai blog error. Al-maklum lah bukan ada pengetahuan sangat dalam bidang ini. Hanya try & error.

Cuma yang ibu kesalkan, support service dari Fivio yang sangat lambat bagi ibu. Nak kena tanya banyak kali baru lah ada responds. Tetapi kiranya ibu masih bernasib baik sebab Fivio masih lagi melayan pertanyaan ibu melalui support ticket dan email walaupun agak lambat ibu kira. Namun ada juga komen-komen yang ibu dengar dari pengguna hosting fivio lain yang mengatakan ada yang berbulan masalah blog diutarakan tetapi tiada maklumbalas. Kasihan. Pada yang addicted dengan blog, amat resah bila blog tidak dapat diakses tambahan pula untuk jangka masa yang agak lama. Jika support service tidak dipertingkatkan, memungkinkan ramai lagi blogger yang akan berpindah hosting.

Kenapa ibu memilih ServerFreak? Bukan hanya terpengaruh dengan komen-komen blogger yang sudah menggunakan khidmatnya tetapi ibu turut mengakuinya. Support service yang sangat mantap dari pihak ServerFreak membuatkan ibu awal-awal lagi sudah berpuas hati. Pertanyaan mengenai hosting dan domain transfer mendapat maklumbalas yang pantas.

Separuh hari, blog ibu sudah pulih seperti biasa. Tiada masalah database dan cpanel lagi. Ibu sudah boleh mengakses blog ibu seperti biasa. 2 – 3 hari sebelum ini, blog ini masih boleh diakses tetapi database tidak di update membuatkan ibu terpaksa menutup ruangan komen supaya, bila database sudah dikemas kini, komen-komen tersebut tidak hilang. Namun masih ada 12 komen yang terlibat. Maaf ya!



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
1,960 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


33 Comments

  1. Cikgu Hairul

    Ramainya yang berpindah.. tu la kan. kalau customer servisnya tak mantap, customer pun lari. Sepatutnya ia jadi pengajaran berguna buat penyedia perkhidmatan.. Dah lama isu ni timbul. sampai ada yang kata penyedia perkhidmatan tergolong dalam kelompok bumiputera ni sangat hampeh. sedih dengar komen camtu. tapi nak buat camna.. what you give, you get back. sifir yang mudah.
    Jom baca entri terbaru di blog Cikgu Hairul : Pepahat Masak Cili Api Pilihan Menu Di Perkampungan Ikan Bakar Terapung UmbaiMy Profile

    1. itu la pasal..sy ms pindah hosting ke fivio dulu pun x selidik betul sbb kononnya dpt free kan so x kisah la..tp bila dah guna..adeh..

      byk dgr komen yg baik je utk serverfreak..benarlah..kalau x sungguh org x kata kan..