Beli WhatsApp Guna Kad Debit CIMB Bank


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun masih boleh guna aplikasi Chat On atau Viber untuk berkomunikasi secara percuma dengan keluarga dan kawan-kawan, rasa tak tidak lengkap telefon pintar ini tanpa aplikasi WhatsApp. Ralat juga mula-mula selepas membeli iPhone 5 ini kerana tidak dapat nak memasang aplikasi WhatsApp. Akaun WhatsApp di Galaxy Note masih berfungsi, tetapi sejak dah bermadu ini, Cik Note itu amat jarang ibu sentuh :p

Whatsapp di iPhone 5

Ini pengalaman pertama ibu guna kad debit untuk pembelian online. Ibu ingat kad debit CIMB Bank masih belum boleh digunakan untuk pembelian atas online. Ibu ada baca info mengenainya di facebook CIMB Bank. Entah macam mana, semalam. Tangan gatal menekan button buy di App Store. Ibu isi sahaja maklumat yang diminta guna kad debit CIMB Bank. Eh..eh, tranksaksi berjaya pula. Dapat sms dari CIMB Bank mengenai transaksi online itu.

kad debit cimb bank

sms transaksi berjaya

Ibu berani mencuba sebab ibu tahu baki di dalam akaun CIMB ibu tak banyak. Tapi cukup lah untuk membeli aplikasi ini. Murah je harganya USD 0.99. Sekali bayar sahaja boleh guna tanpa tarikh luput. Tidak seperti di telefon pintar yang lain. Percuma setahun, tahun berikutnya kena bayar setiap tahun.

Okay…sudah puas hati dapat apa yang dihajat. Sebab utama ibu nak sangat pasang aplikasi ini sebenarnya, kawan-kawan yang sama belajar dengan ibu banyak berkongsi info di group kami di WhatsApp. Jadi ibu tidak mahu ketinggalan sebarang info mengenai pembelajaran ibu. Rugi nanti..hehe. Aci lah kan 😀



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
708 Dibaca

Leave a Reply to Ibu Mifzal Arsyad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


25 Comments

  1. Asyillah Aisyah

    Salam.

    Kak, kalau nak purchase apps dekat app store tu guna debit kad cimb memang boleh ye? sebab abang saya cuba mastercard cimb, debit kad jugak lah tapi decline. lepastu call bank, dia cakap mastercard cimb certain negara je boleh guna untuk apple. saya tak faham lah, pelik. sebab saya punya pun mastercard cimb jugak.

    atau certain apps tak boleh guna mastercard?

  2. Nurdya

    Kalau guna kad debit maybank sama jugak kan? Pilih visa. Lepas isi no. Kad yang security code tu, code apa ye kak? Saya buat tak menjadi pulak 🙂 please help me. Tq.

  3. Anarm

    Walaupun ada banyak lagi aplikasi lain (percuma) yang fungsinya sama macam Whatsapp, tapi kalau takde Whatsapp dalam phone rasa lain macam..

    Setakat ni saya tak pernah lagi bayar untuk guna Whatsapp.. Saya guna phone Android.. Bila dah dekat tempoh expire, Whatsapp akan extend tempoh ke tarikh baru.. Rasanya dah 3 kali Whatsapp extend tempoh akaun saya..
    Jom baca entri terbaru di blog Anarm : Kempen Peti Ais Mitsubishi L4 Grande Undian DiperlukanMy Profile