Beli WhatsApp Guna Kad Debit CIMB Bank

Walaupun masih boleh guna aplikasi Chat On atau Viber untuk berkomunikasi secara percuma dengan keluarga dan kawan-kawan, rasa tak tidak lengkap telefon pintar ini tanpa aplikasi WhatsApp. Ralat juga mula-mula selepas membeli iPhone 5 ini kerana tidak dapat nak memasang aplikasi WhatsApp. Akaun WhatsApp di Galaxy Note masih berfungsi, tetapi sejak dah bermadu ini, Cik Note itu amat jarang ibu sentuh :p. Oleh kerana aplikasi Whatsapp di App Store perlu dibeli dahulu sebelum dimuat-turun, jadi ibu perlu beli Whatsapp guna kad debit. Kad debit yang ibu gunakan adalah kad debit CIMB Bank.

beli Whatsapp guna kad debit
Aplikasi Whatsapp

Ini pengalaman pertama ibu guna kad debit untuk pembelian online. Ibu ingat kad debit CIMB Bank masih belum boleh digunakan untuk pembelian atas online. Ibu ada baca info mengenainya di facebook CIMB Bank. Entah macam mana, semalam. Tangan gatal menekan button buy di App Store. Ibu isi sahaja maklumat yang diminta guna kad debit CIMB Bank. Eh..eh, tranksaksi berjaya pula. Dapat sms dari CIMB Bank mengenai transaksi online itu.

Berjaya Beli Whatsapp Guna Kad Debit

kad debit cimb bank

SMS yang ibu dapat adalah untuk memaklumkan transaksi yang ibu lakukan dengan menggunakan kad debit CIMB Bank telah berjaya dan amount yang dipaparkan adalah amount yang telah ditukar kepada matawang Malaysia.

sms transaksi berjaya

Ibu berani mencuba sebab ibu tahu baki di dalam akaun CIMB ibu tak banyak. Tapi cukup lah untuk membeli aplikasi ini. Murah je harganya USD 0.99. Sekali bayar sahaja boleh guna tanpa tarikh luput. Tidak seperti di telefon pintar yang lain. Percuma setahun, tahun berikutnya kena bayar setiap tahun.

Okay…sudah puas hati dapat apa yang dihajat. Sebab utama ibu nak sangat pasang aplikasi ini sebenarnya, kawan-kawan yang sama belajar dengan ibu banyak berkongsi info di group kami di WhatsApp. Jadi ibu tidak mahu ketinggalan sebarang info mengenai pembelajaran ibu. Rugi nanti..hehe. Aci lah kan 😀

 1,547 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

25 Comments

  1. Salam.

    Kak, kalau nak purchase apps dekat app store tu guna debit kad cimb memang boleh ye? sebab abang saya cuba mastercard cimb, debit kad jugak lah tapi decline. lepastu call bank, dia cakap mastercard cimb certain negara je boleh guna untuk apple. saya tak faham lah, pelik. sebab saya punya pun mastercard cimb jugak.

    atau certain apps tak boleh guna mastercard?

  2. Kalau guna kad debit maybank sama jugak kan? Pilih visa. Lepas isi no. Kad yang security code tu, code apa ye kak? Saya buat tak menjadi pulak 🙂 please help me. Tq.

    • kad maybank pun boleh rsnya..security code tu tgk kt belakang kad tu ada 3 digit nombor.. isi no tu. kalau x silap akak.. kad debit maybank kena aktifkan dulu kt maybank2u tu utk shopping online ni..

  3. Walaupun ada banyak lagi aplikasi lain (percuma) yang fungsinya sama macam Whatsapp, tapi kalau takde Whatsapp dalam phone rasa lain macam..

    Setakat ni saya tak pernah lagi bayar untuk guna Whatsapp.. Saya guna phone Android.. Bila dah dekat tempoh expire, Whatsapp akan extend tempoh ke tarikh baru.. Rasanya dah 3 kali Whatsapp extend tempoh akaun saya..

    • kalau iphone mmg mula2 nak install tu kena beli dulu pastu boleh guna sampai bila2..x mcm phone android n blackberry yg sy pernah guna..setahun free. tahun2 kena bayar kan lepas tu.
      tp akaun sy sblm ni ia bg extend 2 bulan je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*