Bela Ikan


(Bela Ikan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hobi sekarang memelihara ikan. Sebenarnya bukan hobi ibu sangat. Lebih kepada hobi Abah Mifzal. Adalah sebiji akuarium kecik kat rumah kitaorang. Asal akuarium tu milik keluarga mertua. Depa dah tak guna selepas beli akuarium yang lagi besar. So yang saiz kecik ni, Abah Mifzal ambil dan bermula lah hobi barunya memelihara ikan.

akuarium.jpg

Mula-mula beli ikan 2 ekor Black Oscar dan 2 ekor ikan patin hiasan utk diletakkan dalam akuarium tu. Tp seekor black oskar tu bila dah besar sket..mati lak..x tau sebab apa..huhu..yang ikan patin plak kitaorg kasi kat mertua utk diletakkan dalam akuarium depa yang besar tu..pastu ganti nga seekor ikan kelisa silver nga seeokor lg black oscar..so skang ni ada 3 ekor la ikan dalam akuarium kecik tu..dah ada nama panggilan dah..hehe, Si putih (kelisa), si hitam (black oscar yg besar) & si oren (black oscar kecik nga belang oren). Gambar akuarium atas tu ms mula2 beli..skang ni dh beza sket..gmbr nnt up kendian..lupa lak nak snap..hehe

Seronok sebenarnya layan tgk ikan2  ni berenang..cam terapi minda plak..boleh hilangkan stress. Ibu yang tak berapa minat pun leh layan gak..hehe..dak Mifzal lagi lah..suka dia dengan ikan2 tu.

ikan n mifzal 3.jpg

ikan dan mifzal 1.jpg

ps : Nnt ada rezeki, rumah dah siap..nak buat kolam ikan besar sket…siap nga garden..huhu mula la ni nak berangan..

Posted from My Samsung Galaxy Note



Jom Kongsi!

Related Posts:

1,120 views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge



25 Comments