Basikal Untuk Si Kecil

Hari Isnin lepas, Abah Mifzal ada belikan Mifzal sebuah basikal untuk si kecil ibu ini di sebuah kedai basikal di Pekan Tapah. Kemain seronok anak ibu itu bila abahnya belikan basikal. Banyak kali dah duk minta belikan. Tapi ibu rasa masih belum sampai seru. Rasa macam boboy ini masih budak kecil dan tak pandai kayuh basikal lagi. Hehe…Lagipun motosikal bateri tu masih elok lagi. Mainan itu pun tak main sangat.

Basikal Untuk Si Kecil
Basikal untuk anak

Tapi tak sangka ya..anak ibu sebenarnya sudah besar. Sudah pandai kayuh basikal walaupun dengan roda empat. Cepat sungguh masa berlalu. 😀

Basikal Untuk Si Kecil Mifzal

Kami putuskan untuk beli basikal yang bersaiz besar sedikit. Kalau beli yang kecil, mungkin tak lama pakai dah kena tukar lain kan. Jom layan gambar Mifzal & Abahnya di kedai basikal di tapah berdekatan dengan Pasaraya TF Value Mart.

Basikal Untuk Si Kecil
Seronok ada basikal

Mifzal sedang asyik memerhatikan basikal barunya yang sedang dipasang roda tambahan. Kalau tak ada roda tambahan itu, Mifzal tak mahu naik basikal..hehe

Basikal Untuk Si Kecil
Mifzal dan basikal

Kata Mifzal, “Ibu, saya gembira, saya sudah ada basikal dan sudah ada papan luncur”. Hehe..kalau bab mainan nombor satu.

Basikal Untuk Si Kecil
Abah Mifzal di kedai basikal

Abah Mifzal sedang meng ‘usha’ basikal nampak. Nak beli yang baru juga ke? Hehe…Ibu sahaja belum ada basikal. Masih belum berminat. :p

 2,478 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

  1. alaa petahnya berkata-kata, lepas ni boleh tolong ibu pergi kedai pulak beli barang sebab dah ada basikal sendiri. heheh 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*