Basikal Untuk Si Kecil


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Isnin lepas, Abah Mifzal ada belikan Mifzal Arsyad sebuah basikal di sebuah kedai basikal di Pekan Tapah. Kemain seronok anak ibu itu bila abahnya belikan basikal. Banyak kali dah duk minta belikan. Tapi ibu rasa masih belum sampai seru. Rasa macam boboy ini masih budak kecil dan tak pandai kayuh basikal lagi. Hehe…Lagipun motosikal bateri tu masih elok lagi. Mainan itu pun tak main sangat.

IMG_0602

Tapi tak sangka ya..anak ibu sebenarnya sudah besar. Sudah pandai kayuh basikal walaupun dengan roda empat. Cepat sungguh masa berlalu. 😀

Kami putuskan untuk beli basikal yang bersaiz besar sedikit. Kalau beli yang kecil, mungkin tak lama pakai dah kena tukar lain kan. Jom layan gambar Mifzal Arsyad & Abahnya di kedai basikal di tapah berdekatan dengan Pasaraya TF Value Mart.

Mifzal Arsyad sedang asyik memerhatikan basikal barunya yang sedang dipasang roda tambahan. Kalau tak ada roda tambahan itu, Mifzal Arsyad tak mahu naik basikal..hehe

IMG_0588

Kata Mifzal Arsyad, “Ibu, saya gembira, saya sudah ada basikal dan sudah ada papan luncur”. Hehe..kalau bab mainan nombor satu.

IMG_0586

Abah Mifzal sedang meng ‘usha’ basikal nampak. Nak beli yang baru juga ke? Hehe…Ibu sahaja belum ada basikal. Masih belum berminat. :p



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
198 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


5 Comments