Bakal Pengantin Hilang : Rozaliya Bt Mat Lazim

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sumber berita : KOSMO Online


Sabariah menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang di Kemaman semalam.



KEMAMAN – Seorang gadis, Rozaliya Mat Lazim (gambar) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November depan hilang ketika keluar membeli barang-barang persiapan untuk hari bahagianya di Kuantan pada 13 Oktober lalu.

Keluarga mangsa mendakwa, Rozaliya, 20, hilang selepas gadis itu menghantar dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Ibu mangsa, Sabariah Mansor, 42, memberitahu, anaknya dijemput tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Nor, 24, dengan sebuah kereta kira-kira pukul 11 pagi dari rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sini pada Rabu lalu.

“Tetapi kira-kira pukul 6 petang saya dihubungi Helmi menyatakan anak saya hilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.

Menurut Sabariah, Mohd. Helmi yang bekerja sebagai pegawai Felda memberitahu dia meninggalkan Rozaliya di pasar raya Mydin, Kuantan sejurus tiba di sana kerana terpaksa kembali ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh ekoran ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera.

“Ketika Mohd. Helmi baru saja tiba di pejabatnya dia dapat dua SMS daripada anak saya dan dia cuba menghubungi anak saya tetapi gagal menyebabkan dia pergi semula ke Kuantan kira-kira pukul 3 petang,” katanya sambil menyatakan anaknya bertunang pada bulan Februari lalu.


berita mengenai keluarga Rozaliya syak tunangnya…ibu x jumpa plak link kt kosmo..amik link blogger la..
Tunang Dolak-dalik, Keluarga Syak Rozaliya Disembunyikan Tunangnya

ok…ibu nak komen gak la.. penyibuk betul la ibu ni tp x salahkan amik tau berita semasa…ok..ok.

memula baca berita tuh..firasat ibu mmg terpikir gak..ntah2 tunangnua terlibat sama kot.sbb..ibu terpikir cam ni…takut weh..jenjalan sorang2 kat bandar besar mcm tuh..even dah biasa pun…kalau ibu sure nak ikut tunang tu gi pejabat dia jgk..tunggu dlm keta lama pun x pe la..asal dkt nga org yg kita percayai…n terpikir..apasal tunangnya x bawak je Rozaliya tu balik sekali..tp itu just org kata terpikir la..sbb kita x tau apa yg terjadi sebenarnya..

Rozaliya tuh..org nya mmg cantik (berdasarkan gmbar)…x mustahil banyak org berkenan..mungkin juga betul ada org jahat yg berkenan tgk dia merayau sensorang diri n terus menculiknya atau memukaunya…

hopefully..rozaliya selamat n dpt kembali kepada keluarga nya tanpa cacat cela..dan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari kejahatan…

 762 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*