Bajet 2012 : Fokus Meringankan Kos Sara Hidup

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

isu bajet 2012 masih hangat lagi diperkatakan..terdapat juga pertanya-pertanyaan daripada pembaca blog ini mengenai bajet 2012 terutamanya dari segi imbuhan RM500 kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000. ibu x dapat jawapan yang lengkap mengenai pertanyaan itu…tp ibu nak share petikan ucapan bajet tersebut dan mungkin memberi sedikit ulasan mengikut pemahaman ibu (if ado..:)

:: untuk lebih jelas boleh baca petikan bajet ::

Fokus : Meringankan Kos Sara Hidup 

1. Imbuhan RM500 kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000.

ada yang bertanya mengenai cara pembayaran imbuhan ini. Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak (pendapatan isi rumah kurang RM3000.00) hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telebih dahulu (isi borang n maklumat yang diperluka, bukti pendapatan n etc) selepas itu pembayaran akan dibuat menerusi bank-bank terpilih dan juga melalui pejabat pos. untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pejabat LHDN yang berhampiran. Bantuan ini akan dibuat mulai Januari 2012. KLIK SINI untuk maklumat lanjut

2. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

Alhamdulillah..kepada yang mempunyai anak2 yang sedang bersekolah..ibu bapa mampu menarik nafas lega kerana bantuan ini sekurang2nya dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Kaedah pembayaran masih belum diketahui namun ia akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional. yang belum ada akaun..boleh la buat akaun bank :). Ibu bapa yang mempunyai pendapatan tinggi diberi peluang utk menerima atau menolak bantuan persekolahan ini..ya lah..kalau dah mampu, bagi la peluang pada yang kurang mampu. tp kalau nak pun x salah kan..dah kerajaan nak bagi..hehe..

3. baucer buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPT, Matrikulasi & Tingkatan 6

berita baik untuk student2 U, matrik dan tingkatan. kos pembelian buku-buku teks dan rujukan mmg mahal. bila dapat baucar buku ni ringanlah beban sket kan..kalau nak harap duit PTPTN tuh..x cukup..mana nak beli buku lg..mana utk perbelanjaan harian lg..kalu dpt RM2000 semester..tengah sem dah licin ya dak :). TAPI..baucar buku ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai..mmg diperuntukkan untuk membeli buku2 sahaja. so tidak la disalahgunakan. Ibu x pasti baucar ni hanya utk student full time sahaja atau merangkumi pelajar part time juga…kalau termasuk..syukur alhamdulillah.. kaedah untuk mendapatkan baucar ni belum dapat dipastikan. mungkin menerusi institusi pendidikan masing2.

itu serba sedikit yg ibu faham dan tahu pasal bajet 2012 bagi fokus meringankan kos sara hidup. if ada maklumat terkini yang ibu dapat..ibu akan update ya…if apa yg ibu faham x berapa betul or pembaca ada maklumat terkini..leh la share ya..sharing is caring kan.. 🙂

ps : x sabar nak merasai skim gaji baru utk penjawat awam..ahak kuar topik lak..

 695 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*