Baby Mifzal ketika Usia 3 Minggu


Mifzal ketika Usia 3 Minggu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu nak kongsikan gambar kesayangan ibu. Baru  berusia 3 minggu. Cepat masa berlalu, tidak sedar dah 3 minggu ibu bersalinkan si comel, Baby Mifzal. Mifzal anak yang baik, tak banyak ragam pun. Susah nak dengan  dengar dia nangis, kadang-kadang tu, ibu saja mengusik. Saja nak dengar suara tangis Mifzal, tapi usik-usik manja sahaja hehe.

Baby Mifzal ketika Usia 3 Minggu

Tak sampai sebulan berat Baby Mifzal dah terasa naik. Lebih 4.0 kg rasanya dah ni. Masa lahir tempoh hari, berat Baby Mifzal, 3.29 kg. Kuat menyusu, cepat lah berat naikkan.

Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat. Tak sabar rasanya nak tengok anak ibu ini membesar. Ibu sangat sayangkan Mifzal <3



Jom Kongsi!

Related Posts:

106 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments