Awstat (Statistik Blog) Bagi Bulan April – Jun 2012

Sepatutnya entry ni, ibu tulis pada bulan lepas, tapi mood nak menulis mengenai pencapaian blog agak kurang ada. Mungkin jugak disebabkan oleh trafik blog yang jatuh merudum. Pelik pun ada, di kala bulan yang ibu tak banyak keluarkan entry tapi trafik meningkat. Bila rajin buat entry, trafik jatuh. Memang pelik. Hehe. Mungkin entri baru tak mesra SEO kot. Sedih memang sedih bila trafik makin berkurangan, tapi nak buat macam mana kan. Inilah cabaran dunia blog kan. Mungkin juga ini penangan Google Slap kot. Huhu. Entri kali ini, ibu nak kongsikan gambar awstat blog atau statistik trafik bulanan blog.

okay, ini la trafik blog yang dapat dikumpulkan oleh Blog IbuMifzal.Com  bagi tempoh 3 bulan iaitu bermula April hingga Jun 2012

Awstat

Bagi bulan Jun 2012 yang lepas, blog ini kehilangan lebih 10,000 unique visitors. Huhu. Sedihkan. Susah juga nak dapatkan 10k pelawat bagi blo picisan macam blog ibu. Kena pandai main dengan SEO. Nak pandai pun payah, macam mana nak buat. Ibu pun berharap lebih ramai blogger dapat kongsi lebih banyak tips mengenai SEO. Ramai blogger biasa macam ibu hendak belajar.

Cabaran Berblogging

Cabaran untuk berblog bagi bulan Ogos 2012 dan seterusnya juga makin bertambah, Ini kerana semester baru UUM PLK dah pun bermula pada bulan Julai yang lepas. Kadang-kadang ibu pening nak membahagikan masa. Mana nak buat assignment, mana nak buat kerja, nak berblog lagi. Itu belum kira lagi tugas sebagai isteri dan ibu yang memang tak akan habis kan. Kadang-kadang rasa nak quit sahaja dari berblogging ni. tapi sayang sbb dah buang masa banyak dah dengan blog ni. So ,kena lah teruskan juga. chaiyokk!! Ibu Mifzal boleh 😀

BACA INI : Pertama Kali Dapat Lebih 500,000 Pageviews Dalam Masa Sebulan

Mungkin, ibu kena cari jalan juga untuk bahagikan masa dengan betul. Bila banyak tanggungjawab memang macam inilah. Teringin nak tengok gambar awstat blog yang trafiknya kembali meningkat.

 1,038 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

24 Comments

  1. jgn la quit..huhu, kene cari masa terluang..idea yang dpt tu cepat2 catit utk buat entri..hehe,jdik masa nk menulis sekejap jer.. 🙂

  2. Emm besar tanggungjawab yang dipikul tu..harapan, sapat bahagikan masa seadilnya..hehe..kalau sy berada tempat ibu pun, rasanya tak tertanggung byk tu..emm bagus juga ibu ada duit lebih, baik beli jer themes yang betul2 terkenan dihati..mcm blog puanbee..blog kujie2..blog denaihati..hahaha…pondok kecil nanti income blog boleh beli subaru sebuah, baru nak beli themes mcm denaihati…hahahahaha..angan2 jer…

    • itu lah…sy mmg kena bagikan masa. seminggu ni mmg tension je sbb ada kelas minggu ni..duk sibuk buat assignment ngan latihan utk kuiz..huhu.

      mmg dlm perancangan nak beli theme tp nak tgk akaun dulu..hehe

      • Hehe..tengok akaun mesti berlambak tu..emm penat molek jadi ibu..mesti tidur pun tak cukup tu..mujur la mifzal dah besar..kalau kecik lagi, haru biru jiwa ibu..hehe

        • aduyai..x de berlambaknya..ciput je sbb tu kena tgk akaun dulu..kalau byk x yah tgk..terus order je..hehe

          mmg penat nak buat 4 keje dalam 1 masa. kena pandai bagikan masa..hehe tambah2 dekat2 kelas. ms byk habiskan buat assignment..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*