Beli Buku @ Trak Book2U


(Beli Buku @ Trak Book2U)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

2 Minggu lepas, Mifzal sangat teruja bercerita tentang trak Book2U daripada Syarikat Karangkraf akan datang ke sekolahnya pada minggu lepas. Surat edaran dari sekolah juga ada menjemput ibu bapa untuk sama-sama hadir memeriahkan program jualan buku oleh Book2U di sekolah. Mifzal berkali-kali memesan  pada ibu agar jangan lupa datang. Ibu janji akan datang semasa waktu rehat.

Jualan buku oleh Book2U
Trak Book2U

Pada 8 Mei 2017 (Isnin), program jualan telah diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Ibu yang ralit memyiapkan kerja di pejabat lupa seketika akan janji ibu pada Mifzal untuk ke sekolahnya pada waktu rehat. Rehat pada jam 10.10 pagi. Jam 10.25 pagi baru ibu teringat. Apa lagi, kelam kabut ke sekolahnya. Mujur dekat. Walaupun terpaksa menempuh 2 trafik light yang melambatkan ibu sampai ke tempat dituju.

Baca Lagi



Waktu Berbuka Puasa & Imsak Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia (Tahun 1438H / 2017)

(Waktu Berbuka Puasa & Imsak Bagi  Seluruh Negeri Di Malaysia (Tahun 1438H / 2017) )

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tinggal 2 minggu sahaja lagi, kita sebagai umat Islam kan menunaikan kewajipan ibadah puasa bagi tahun 1438H / 2017. Bagi memudahkan untuk kita menyemak waktu berbuka puasa dan imsak, suka untuk ibu kongsikan di sini jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 1438H / 2017 bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia.

jadual buka puasa dan imsak
Salam Ramadhan 1438H

Tarikh mula puasa dan raya adalah tertakluk pada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Sila klik pautan zon di bawah untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak di kawasan anda. Klik kiri untuk paparan lebih jelas manakala untuk muat turun pula, sila klik kanan pada pautan dan klik “save image as”.

Waktu Berbuka Puasa & Imsak Bagi Tahun 1438H / 2017 (Seluruh Malaysia)

Baca Lagi

Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong

(Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang Saiong)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita tahun lepas sebenarnya, tetapi disebabkan tahun lepas blog ibu banyak sawang dan ibu pun malas nak update blog (konon busy sangat lah..hehe), jadi entri untuk cerita ini tertangguh lama. Mujur ada lagi gambar-gambar yang ibu simpan walaupun banyak gambar yang ibu dah delete sebab nak kosongkan ruang simpanan dalam telefon ibu ini. Sebenarnya, ibu, abah dan Mifzal serta juga keluarga mentua ibu ada berkunjung ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ini pada bulan September 2016. Tarikh lebih tepat ibu dah lupa. Pergi atas ajakan keluarga mentua. Ibu pun baru tahu ada taman eko rimba di Ipoh rupanya. Mifzal apa lagi, bila diberitahu hendak pergi mandi manda, seronok bukan main..hehe.

berkelah di taman eko rimba di meru

Taman Eko Rimba Kledang Saiong terletak di Meru, Daerah Kinta, Perak. Ia merupakan kawasan eko-pelancongan hutan rimba yang berkeluasan 2,188 hektar. Terletak 4.5 kilometer dari Persimpangan Plaza Tol Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan dan 14.2 kilometer dari bandar raya Ipoh. Kalau dari Bidor, kami perlu menempuh perjalanan sejauh lebih 70 kilometer. Dek kerana keterujaan hendak mandi manda di sini, kami telah terlepas tol Ipoh Selatan untuk exit. Aduhai, terpaksa meneruskan perjalanan sehingga tol Kuala Kangsar dan berpatah balik semula. Mifzal sudah bising-bising marahkan abahnya kerana tersalah jalan…hehe.

Baca Lagi