Aplikasi Bigo Live Patut Diharamkan

Biasa dengar aplikasi Bigo Live? Secara jujurnya, ibu tidak pernah mengambil kisah mengenai aplikasi ini. Jutaan aplikasi yang ada di dalam App Store membuatkan ibu tidak peka mengenainya. Tapi ibu, sangat  terkejut bila membaca info berkaitan info ini di Sinar Harian Online. Sangat menakutkan!!

aplikasi bigo live
Bigo Live

Isu ini telah dibawakan oleh Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara hari ini berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai ‘pelacur media sosial’ yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.

BACA INI : Aplikasi ‘SyokDriver’ Untuk Semak Harga Terkini Minyak Petrol

Fungsi Aplikasi Bigo Live

Fungsi aplikasi yang berbentuk ‘live streaming’ itu mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu atau meluaskan perniagaan mereka. Namun, ada yang menyalah gunakan teknologi ini dengan tujuan untuk menjatuhkan moral dan dikhuatiri boleh mengundang masalah sosial yang teruk pada masa depan. Aplikasi ‘Bigo Live’ yang dibangunkan syarikat dari Singapura mempunyai pengikut terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu, memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi ‘hadiah’ yang diterima sepanjang waktu siaran langsung itu. Ketika siaran live ini ada yang tidak segan silu menayangkan aset mereka yang tidak sepatutnya. Dan, ada juga yang memberi komen yang tidak sesuai dengan nilai-nilai murni.

Sememangnya aplikasi ini sangat patut diharamkan khususnya di Malaysia, kerana ia akan membawa natijah tidak baik kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Ibu bimbang sekiranya aplikasi ini tidak disekat, ia mampu menjadikan ancaman muda kepada remaja yang baru ingin mengenal erti hidup. Diharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan mengharamkan aplikasi tersebut.

Sumber : Bernama & Sinar Harian

 1,593 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. Ibu memang tak galakkan anak anak main telefon pintar sebelum masanya
    .
    Telefon pintar perlukan minda pintar untuk mengendalikannya
    .
    Umpama berikan anak memandu kereta sebelum ada lesennya

  2. Setuju.. dan iklan bigo LIVE ni kat mana2 pun ada dengan guna wanita seksi2.. kadang2 bila anak buka apps kat telefon.. apps keagaaman tiba2 boleh keluar iklan bigo live ni..

    aduhh

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*