Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dihapuskan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada malam 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih efektif dalam menandingi masalah keganasan. Pemansuhan ISA ini diucapkan oleh PM dalam ucapannya sempena Hari Malaysia

antara petikan dalam ucapan PM

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus. (Ucapan penuh KLIK SINI)

PM juga turut mengumumkan beberapa insiatif lain iaitu :-

  • Dua undang-undang baru digubal untuk cegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
  • Akta Buang Negeri 1956 dimansuh, Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula.
  • Kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 ambil kiraPerkara 10 Perlembagaan mengenai hak berhimpun
  • Kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.

sumber : berita harian

sumber : PuanBee.Com

ibu nak share sedikit info mengenai ISA

Apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang[perlu rujukan] termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling[1] pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menahan sesiapa pun tanpa merujuk kepada mahkamah. Sebaliknya tahanan mempunyai hak representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

sumber : Wikipedia

ps : alhamdulillah..ibu kira ini satu berita gembira dalam situasi politik tanah air..bagus lah jika ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ini dimansuhkan…pada ibu mmg tak patut menahan induvidu tanpa ada bicara kerana itu melanggar hak asasi manusia..kalau bersalah sekali pun..bicara la ia..



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
84 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge