Bila Terlupa Ada Kerja Sekolah


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alahai..kesian anak ibu ini. Terpaksa buat kerja sekolah dalam kereta. Semuanya gara-gara si ibu yang terlupa hendak memeriksa kerja sekolah anak kecilnya. Kalau ditanya dengan Boboy, memanjang sahaja cakap tak ada kerja sekolah.

mifzal dan kerja sekolah

Kerja sekolah itu adalah kerja sekolah hari Khamis lepas. Tak siap buat di tadika, cikgunya suruh buat di rumah. Kebiasaannya, memang balik dari sekolah, ibu akan check buku-buku sekolah Boboy. Tapi pada hari tu, terlupa plak. Terpaksa lah buat dalam kereta on the way nak ke tadika.

Hujung minggu pula ibu ada kelas. Balik dari kelas, hari Ahad, terus ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah untuk tengoh perlawan akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah antara Malaysia menentang Australia. Frust Malaysia tewas tetapi satu perlawanan yang hebat.

Selalu juga cikgunya mengadu yang boboy cepat bosan bila disuruh buat kerja sekolah terutamanya bila belajar menulis. Kalau belajar Iqra’, Boboy cukup minat.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
2,364 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


13 Comments