Akhirnya JAKIM sahkan mentega ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ tidak halal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, pihak JAKIM telah mengesahkan mentega ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ tidak halal. Sebelum ini isu halal haram Mentega Golden Churn itu telah byk mengelirukan pengguna..setelah pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Sawarak) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman produk berkenaan pada 19 Julai 2011. Diharap dengan pengesahan dari pihak JAKIM, para pengguna tidak lagi keliru dan ragu2 dalam memilih mentega yang halal.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza. “Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. – BERNAMA

ps :yang mana ada stok butter ni..sila2 la buang or tukar dgn mentega yg ada sijil halal..mmg la terasa costly sbb harga ia pun agak mahalkan banding nga mentega lain kan..

 701 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*