4GB Memang Tidak Cukup


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terpaksa upgrade plan juga akhirnya. Letih tiap-tiap bulan asyik habis qouta dan kena top up saja. Al-maklum lah, pengguna internet tegar :p. Ini kisah plan internet YES 4G yang ibu langgan tidak lama dulu. Ibu baru sahaja menaik taraf plan intenet YES 4G ke pakej Super 98. Untuk pakej baru ini pun, qouta bulanan hanya 6GB sahaja. Pada ibu, ini pun tidak mencukupi. Tetapi hanya ini sahaja pakej yang ada dan sesuai dengan nilai poket ibu.

YES 4G

Sebelum ini, ibu hanya melanggan pakej Super 68 dengan qouta bulanan sebanyak 4GB. Dapat tambahan 1GB percuma pun masih tidak mencukupi. Terpaksa top up lagi 1GB dengan caj RM20. Kalau kira-kira, baik ibu ambil pakej Super 98. Jimat RM10. Hehe.

Sebenarnya, jika tidak menambah nilai plan data pun masih boleh melayari internet dengan kadar kelajuan yang berkurangan. Tetapi, ibu ini kan jenis yang kurang sabar orangnya. Mana boleh kalau page loading lambat-lambat ni. Bikin hati panas sahaja. Jadi, sediakan sajalah duit lebih bayar bil internet bulan depan. :p



Jom Kongsi!

Related Posts:

436 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


6 Comments