Theme Pinky dan Semangat Kemerdekaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Theme yang Pinky

Kalau ada yang perasan, blog IbuMifzal.Com telah berubah wajah dari keunguan ke ke’pinky‘an. Buat masa ini, ibu menggunakan tema blog percuma daripada MH Magazine iaitu MH Femininemag. Oleh kerana versi percuma, ibu tidak dapat membuat banyak customization untuk tema ini. Versi asal adalah ke’pinky‘an. Ibu sebenarnya lebih sukakan ke’purple‘an. Hehe, tak ada pilihan sebab versi percuma lagi pun ibu suka theme daripada MH Magazine ini. Bagi ibu nampak kemas dan tersusun serta sesuai dengan citarasa ibu. Tema wordpress ini adalah jenis responsive, jadi ia sesuai untuk paparan pada versi mobile atau tablet juga selain desktop.

Tema Blog

Pasti lebih hebat jika dapat menggunakan versi berbayar. Mahal juga harganya iaitu USD49. Kalau convert duit kita, lebih kurang RM200.00 juga lah bergantung pada nilai pertukaran mata wang asing. Aduhai! mahal lah. Kalau dapat cashout duit Google Adsense ini okay juga boleh buat beli tema berbayar. Haha, macam membazir pula kan.

Semangat Kemerdekaan

Nampak kan banner blog yang ibu guna sekarang. Ada bendera Malaysia a.k.a Jalur Gemilang kebanggaan ibu dan rakyat Malaysia khasnya. Wah! Bulan Ogos ini adalah Bulan Kemerdekaan. Haruslah, kita sebagai rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang kan. Memang semangat kemerdekaan tahun ini lain macam sedikit. Maklumlah, Malaysia Baru. Hehe.

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan yang melambangkan Agama Islam – sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.

Sayangi Malaysiaku

Jom kita sama-sama menghayati semangat kemerdekaan. Kibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge