i-Suri : Caruman KWSP Untuk Suri Rumah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Memperkenalkan skim caruman KWSP kepada suri rumah adalah merupakan salah satu janji 100 hari manifesto kerajaan Pakatan Harapan selepas mendapat kuasa untuk mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Skim ini juga dikenali sebagai SURI atau Program Sukarela Insentif yang membolehkan suri rumah menikmati sekuriti sosial berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.

100 Janji Pakatan Harapan : KWSP Untuk Suri Rumah

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan fasa bertama i-SURI akan dilaksanakan bermula 15 Ogos 2018 ini. Program ini akan melibatka tiga fasa pelaksanaan. Di mana anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.

i-Suri : Program Sukarela Insentif

i-Suri : Program  Sukarela Insentif

Merupakan caruman sukarela KWSP dengan insentif khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih.

Manfaat Sumbangan Kerajaan

Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi carumamn tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.

Manfaat Ahli KWSP

Manfaat sebagai ahli KWSP adalah termasuk :

  • Dividen Tahunan
  • Bantuan Hilang Upaya
  • Bantuan Kematian
  • Pengeluaran Simpanan
  • Pelepasan Cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Kelayakan Pencarum i-SURI

a) Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk :

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada balu, bercerai atau bujang

b) Warganegara Malaysia

c) Belum mencapai umur 60 tahun

d) Mencarum sekurang-kurangnya RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun

Pendaftaran

Pendaftaran ahli KWSP / i-SURI bagi individu yang layak bermula 15 Ogos 2018 di mana-mana kaunter KWSP

Pembayaran Caruman

Boleh dibuat melalui tiga saluran iaitu :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB)

Saluran Pertanyaan

i-SURI

  • Untuk maklumat berkenaan i-SURI, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000

Insentif i-SURI

  • Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-80008000

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge