Bayaran Peringkat Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pasca Pilihan Raya Umum Malaysia ke 14 menyaksikan peralihan kuasa kerajaan pemerintah. Sejajar dengan itu, bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu telah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup (BSH)

Seperti mana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Mei 2018 yang lalu, Bantuan Sara Hidup 2018 akan diteruskan walaupun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan menghadapi cabaran dengan situasi kewangan negara semasa.

Hari ini, YB Lim Guang Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 menerusi siaran media.

Tarikh pembayaran tersebut adalah pada 15 ogos 2018 (Rabu). Ini dibuat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam pada 22 Ogos 2018. Pembayaran ini akan melibatkan 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM1.6 Billion.

Jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 adalah sama seperti BR1M iaitu :

kadar bayaran bantuan sara hidup
Kadar Bayaran Bantuan Sara Hidup

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing dan bagi penerima yang tidak mempunyai nombor akaun bank, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh dibuat di talian bebas tol : 1800-88-2716 atau email kepada : bsh@treasury.gov.my.

Semakan Bantuan Sara Hidup juga boleh dibuat di laman sesawang  : https://bsh.hasil.gov.my/

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge