Throwback : Mifzal Turns 10

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ceritanya bulan Februari yang lalu. Baru berkesempatan untuk berkongsi cerita. Mifzal, anak kesayangan ibu menyambut hari lahirnya yang ke 10 pada 28 Februari. Selamat hari lahir sayang. Moga menjadi anak yang soleh untuk ibu dan abah, berjaya dan selamat di dunia dan akhirat, serta sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmat Ilahi. Aamin..

Happy Birthday Mifzal

Sambutan hari lahirnya kecil-kecilan sahaja. Hanya kami tiga beranak. Mifzal gembira dapat tiup lilin kek hari lahirnya. Kek itu ibu beli pun last minute semasa pulang dari kerja. Sekali tapau bawa balik snack plate KFC. Itu sahaja yang mudah dan senang dibuat hehe.

BACA INI : Selamat Hari Lahir Yang Ke-5

sambutan hari lahir
Tiup Lilin

Sekejapan sahaja rasa masa berlalu. Anak ibu dah darjah empat. Dulu tika masih bayi, suka ibu berkongsi perkembangan baby Mifzal. Bila sudah makin membesar, rindu juga  moment dahulu. Adanya Mifzal sangat membahagiakan hari-hari ibu. Buah hati nan seorang ini tiada galang gantinya. Berkatilah dia, ya Allah.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge