Koleksi Eau De Parfum (EDP) AVON

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Sejak awal tahun ini, ibu sudah ada satu hobi baru. Hobi mengumpul minyak wangi. Siapa tak suka bau wangi kan. Minyak wangi yang original memang mahal harganya dan tak sesuai dengan poket ibu. Jadi, ibu pilih untuk mengumpul koleksi minyak wangi daripada AVON. Harganya memang mampu milik. Tetapi biasanya, ibu tunggu promosi juga agar dapat membeli sambil berjimat.

Minyak Wangi EDP AVON

Buat masa ini, ibu hanya ada lima botol minyak wangi EDP AVON iaitu Far Away Classic, Haiku, Femme, Far Away Bella dan Women To Earth. Semuanya wangi-wangi, baunya. Masih banyak yang belum dibeli. Ibu tunggu promosi sebenarnya hehe. Kebelakangan ini pula, jarang pula AVON buat promosi yang menarik hati ibu untuk minyak wangi. Minyak wangi ini berharga antara RM50.00 hingga RM90.00 dan boleh didapati semurah RM25.00 – RM40.00 dengan pembelian ketika promosi.

Selain daripada Eau De Parfum (EDP), ibu juga membeli Purse Concentrate (PC) untuk memudahkan ibu membawanya bersama di dalam beg. Kalau nak bawa botol EDP tu, berat lah pula..hehe. Kalau dah rasa baunya makin hilang, kita top up la dengan mencalit PC pula. Mudah bukan hehe. Kebiasaanya, ibu akan beli minyak wangi EDP AVON bersama dengan PC masing-masing. Harga PC pun murah je. Dalam lingkungan RM7.00 lebih. Kalau ada promosi boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah.

Purse Concentrate (PC) AVON

Butik AVON juga sangat berdekatan dengan pejabat ibu. Senang untuk ibu singgah dan mendapatkan minyak wangi pilihan hati. Lebih jimat sebab ibu juga berkongsi hobi dengan kawan sekerja ibu. Jadi, kami selalu berkongsi pembelian untuk mendapatkan harga promosi untuk mendapatkan nilai yang lebih jimat 😀

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge