Jom ke 4F (Fruit, Flower, Food Fiesta) 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Ibu ingin mengajak kawan-kawan pembaca blog IbuMifzal.Com untuk sama-sama hadir memeriahkan Program 4F (Fruit, Flower, Food Fiesta) 2018 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai 2018 (Khamis – Isnin) di RTC Gopeng. 

famafiesta

Jangan ketinggalan kerana pelbagai aktiviti dan jualan pelbagai produk menanti para pengunjung. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan setahun sekali bermula pada tahun 2017. Antara produk jualan yang ditawarkan ialah 50MT jualan buah-buahan, 5001 spesis Orkid, Flora dan Fauna, 201 jenis sajian popular, 301 spesis haiwan kesayangan, 1001 spesis ikan hiasan, 6000 SKU (stock keeping unit) produk pilihan offline dan online.

BACA INI : Kemeriahan Durian Fiesta 2016

Antara sajian popular yang ada di 4F (#famafest2018). Wow…sangat menyelerakan

Pada tahun 2017 program ini sangat meriah dan mendapat sambutan orang ramai. Suka untuk ibu kongsikan gambar-gambar #famafest2017 untuk tatapan pembaca. Dan, ibu pasti tahun ini menjanjikan yang lebih hebat.

Jangan lupa janji temu kita bersam #famafest2018 di RTC Gopeng pada 26 – 30 Julai 2018. Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial FAMA Negeri Perak di

https://twitter.com/FamaNegeriPerak

https://ms-my.facebook.com/FamaPerak/

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge