Panduan Mengira Waktu Subur Wanita

Ibu ingin berkongsi info mengenai panduan mengira waktu subur wanita. Info ini sangat penting sebenarnya, sekiranya anda merancang untuk hamil. Tidak semua wanita mempunyai kitaran haid yang teratur. Jadi, dengan mengenai ilmu ini, ia dapat membantu untuk memberikan peluang yang lebih besar untuk hamil. Kehamilan merupakan anugerah terindah di dalam hidup seorang wanita. Insya Allah, dengan izin-Nya, moga dapat merasa pengalaman itu lagi. Selain itu, ilmu ini juga dapat digunakan sekiranya pasangan mahu menjarakkan kehamilan. Sebelum mengetahui ilmu berkaitan dengan waktu subur wanita, moleklah kiranya difahami terlebih dahulu info mengenai kitaran haid.

panduan mengira waktu subur wanita
Kitaran haid.

Panduan Mengira Waktu Subur Wanita

Kitaran Haid

Di dalam keadaan normal, secara puratanya, kitaran haid wanita berlaku setiap bulan iaitu 28 hingga 30 hari. Setiap wanita mempunyai kitarannya sendiri, Ada yang kitarannya 25 hari dan ada juga  yang lama sehingga 35 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini iaitu :-

Hari 1 Hingga 4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5 Hingga 13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15 Hingg 28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

panduan mengira waktu subur wanita
Ovulasi

Waktu Subur / Ovulasi

Waktu subur atau ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak. Sekiranya inginkan kehamilan, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

BACA INI : 10 Tanda Hamil

Bilakah Waktu Subur?

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, Sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. Sila minta bantuan OPK (Ovulation Prediction Kit)

Cara Lain Untuk Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Hamil Dengan Panduan Mengira Waktu Subur Wanita

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka peluang untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Sumber : Blog Dr. Azwan

 5,649 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*