Cuti Umum Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Tarikh 24 April 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Istiadat tersebut akan diadakan di Balairung Seri, Istana Negara.


Majlis pertabalan ini adalah sempena perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 13 Disember 2107 yang lalu bagi menggantikan Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah menamatkan tempoh pemerintahan Baginda pada 12 Disember 2016.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa pada hari ini melalui kenyataan akhbar seperti di bawah :-

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



2 Comments

  1. alhamdulillah.
    dpt la tgk siaran langsung kat tv.
    aida suka tgk majlis pertabalan gini.
    dpt tgk la istiadat nyer.
    aida ni ntah bila dpt masok istana, rakyat marhaen ajer 🙂
    and weekend tu aida da plan balik kg umah mak abah.
    Jom baca entri di blog adianiez AIDA : Masa Depan & Hari IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge