Infolinks Kembali

Last guna iklan Infolinks di blog IbuMifzal.Com, seingat ibu pada tahun 2012. Uih! dah lima tahun sebenarnya merajuk dengan penyedia iklan ini hehe :p. Sebelum ini memang pernah guna pengiklan ini untuk menjana duit daripada hobi ber ‘blogging’. Hanya sempat merasa sekali sahaja cashout, lepas tu blog IbuMifzal.Com kena sekat kerana menggunakan code Infolinks di blog berbahasa Melayu. Ketika itu, polisi Infolinks belum meluluskan blog-blog berbahasa Melayu. Banyak kali juga cuba apply semula tetapi status blog tetap ditolak. Selepas itu, ibu biarkan sahaja. Merajuk! Hehe…

infolinks
Blog dah approved

Ntah kenapa pula baru-baru ini, teringat pada Infolinks. Jadi ibu cuba resubmit url blog ini. Tapi kali ini tersalah akaun pula. Terhantar ke akaun yang tidak aktif dan tidak berbaki $. Akaun infolinks ibu yang aktif dan berbaki $ pula masih memaparkan status denied pada url blog IbuMifzal.Com ini. Ibu biarkan sahaja keran ibu beranggapan “pasti tak approve juga ni”

Blog IbuMifzal.Com Telah di”approved

Tapi kali ini sangkaan ibu salah, tiba-tiba dapat pula email dari team Infolinks yang memberitahu blog ini telah diluluskan untuk menggunakan iklan-iklan Infolink. Alahai, rugilah baki $ dalam akaun yang satu lagi tu. Boleh pindahkan ke? hehe :D. Tak apalah ibu setia sahaja pada akaun yang ini :p.

akaun publisher infolinks
Paparan akaun

Oh ya! bagi yang belum tahu, “Infolinks adalah merupakan dalah satu platform untuk menjana pendapatan melalui blogging. Ia menyediakan in-text-advertising dalam bentuk pendapatan iklan tanpa ada risiko kepada para publisher/blogger bagi memaksimunkan pendapatan daripada blog. Ia juga memberi pembahagian hasil yang kompetitif kepada Publisher/Blogger seperti juga Google Adsense, Nuffnang, Adbrite, Kontera dan lain-lain. Jenis iklan ialah periklanan Text Pay per Click yang menumpukan kepada iklan berupa links sesuai dengan keyword pada artikel di blog.”

blog dah guna iklan infolinks
Blog Ibu Mifzal

Yang bestnya, jumlah layak cashout hanya USD50 sahaja. So mungkin tak perlu tunggu lama untuk cashout kalau trafik blog kencang.. Jadi selepas ini, dengan harapan bertambah-tambahlah earning di Infolinks dan juga Google Adsense yang dikasihi…hehe

 1,178 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

  1. ok dah boleh komen dah hihi, wah menarik ni bolehla try apply jugak, adsense pun tak kencang macam dulu sebab blog aju byk link error 404, ni tengah usaha naikkan traffik semula ?

    • try jangan x try…byk juga earning dia kalau trafik kencang.. lagi pun nak cash out rendah USD 50 je x macam adsense…sama la adsense ainey x kencang dah..jenuh nak tunggu USD100 haha nak cashout.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*