Kelengkapan Sekolah Mifzal

Alhamdulillah, rezeki kali ini dapat menyediakan kelengkapan sekolah anak ibu yang akan memasuki sesi persekolahan tahun 1 pada tahun 2015 ini. Tak sabar nak lihat Mifzal bersekolah. Bukan anak sahaja yang tak sabar. Ibu bapa pun sama. Sangat teruja kan.

Kelengkapan Sekolah Mifzal
Banyak!

Banyak juga belanja untuk menyediakan kelengkapan sekolah ni ya. Beratus-ratus juga kena sedia. Sebelum ini, sekolah tadika, tak banyak yang perlu disediakan. Tapi bila dan masuk tahun 1, macam-macam nak kena sedia kan. Ibu bapa yang ada anak sekolah tentu faham kan. Ibu dan Abah Mifzal membeli keperluan sekolah Mifzal di Tesco Kampar sahaja. Ada juga ke Giant Kampar tetapi tak banyak pilihan. Pakaian untuk sekolah kebangsaan dan juga pakaian untuk sekolah agama rakyat. Sekolah Kebangsaan sesi pagi manakala Sekolah Agama Rakyat pula untuk sesi petang. Pagi, petang anak ibu sekolah. Ibu dahulu, satu sesi sahaja pesekolahan. Belajar mengaji Al-Quran pula sekejap sahaja bila balik dari sekolah kebangsaan.

BACA INI : Jom Ke Sekolah!

Kelengkapan Sekolah Mifzal

Bila disusun semua kelengkapan dan peralatan sekolah anak ibu ini, memang terasa banyak juga kena sediakan. Ini baru menyediakan barang-barang seperti pakaian dan alat tulis, belum masuk belian buku-buku tulis dan buku-buku kerja. Mujurlah yuran sekolah kebangsaan dan buku-buku teks dapat percuma. Kalau tidak letih juga kan. Hehe. Cuma sekolah agama sahaja ada yuran bulanan yang perlu dijelaskan sekaligus atau 2 kali bayar ketika mendaftar nanti. Tak mengapalah, yang penting anak ibu dapat menimba ilmu dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat…aaminn.

 714 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*