Anak Ibu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Anak ibu. Anak manja ibu nan seorang. Dah 6 tahun dah. Kejap je masa berlalu. Ibu rasa macam baru je lahirkan hero ibu ini. Tahun ini, Mifzal masuk pra sekolah. Alhamdulillah, mujur permohonan ke pra sekolah yang berdekatan dengan pejabat ibu diterima. Tak lah jauh ibu hendak menghantarnya setiap pagi.

buah hati ibu
Anak Manja Ibu

Mifzal yang request pada ibu untuk bersekolah dekat dengan pejabat ibu. Nak dekat dengan ibu katanya. Walhal, boleh sahaja bersekolah di sekolah Abah Mifzal. Lagi senang nanti ada Abah Mifzal boleh tengok-tengokkan. Tetapi Mifzal nak juga sekolah dekat dengan pejabat ibu. Ibu dan Abah Mifzal ikutkan sahaja.

Kalau perasan, badan Mifzal dah semakin berisi kan. Sejak masuk umur 6 tahun ini, selera anak bujang ibu ni makin bertambah. Kalau sebelum ni, susah sangat hendak makan dan sangat memilih makan. Tapi sekarang, Mifzal dah suka  makan nasi. Pengasuhnya ada juga maklumkan pada ibu, sekarang Mifzal dah kuat makan tak macam dulu. Alhamdulillah…suka ibu. Harapan ibu, semoga anak ibu terus membesar dengan sihat dan jadi orang yang berguna pada agama dan masyarakat..Aamiin…

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge