Kelopak Mata Bergerak-gerak, Tandanya?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

2 – 3 hari ini, kelopak atas mata kiri asyik bergerak-gerak sahaja. Apa tandanya ya? Hehe.. selalu orang suka kaitkan kelopak mata kiri bergerak-gerak dengan akan berlaku kejadian yang tidak baik. Ada juga yang mengatakan akan mendapat kebaikan. Betul ke? Entahlah. Tak boleh percaya sangat ya. Nanti boleh rosak akidah pula.

Ibu, ada membaca info mengenai kelopak mata bergerak-gerak ni. Katanya ia dipanggil ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah :-

  1. Tekanan
  2. Keletihan
  3. Eye Strain (Ketegangan Mata)
  4. Mata Kering
  5. Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Kebiasaanya kelopak mata bergerak-gerak adalah biasa dan bukanlah masalah yang serius, namun kadang-kadang ada juga kes disebabkan oleh keadaan saraf seperti ‘Blepharospasm atau kekejangan hemifacial. Keadaan ini adalah luar kebiasaan dan memerlukan rawatan doktor pakar mata.

ps : untuk keterangan lebih lanjut boleh baca info ini di Blog Ini

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge