Jom Mengundi PRU 13, Parlimen Sudah Bubar

Akhirnya, tarikh yang dinanti-nanti telah diketahui. Parlimen sudah bubar secara rasmi pada hari ini (3 April 2013). Ibu kira bukan sahaja ibu yang menunggu-nunggu bila pembubaran parlimen akan dibuat bagi memberi laluan Pilihan Raya ke 13 dapat diadakan.

parlimen sudah bubar

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen pada hari ini dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet terakhir di adakan.

Apabila Parlimen Sudah Bubar

Bila tarikh penamaan calon dan hari mengundi akan diadakan? Yang ini kena tunggu pengumuman dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dahulu. Tarikh-tarikh tersebut akan dikemas kini nanti.

UPDATE : Mengikut sumber yang boleh dipercayai. Dijangka tarikh-tarikh penting pilihan raya ke 13 adalah seperti berikut :-

tarikh mengundi

Mesyuarat SPR – 10 April 2013 (Tarikh Tepat)

Hari Penamaan Calon – 20 April 2013 (Tarikh Tepat)

Hari Mengundi – 5 Mei 2013 (Tarikh Tepat)

* Pindaan tertakluk pada pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya 

Apa-apa pun, sebelum hendak mengundi, pastikan nama ada dalam senarai daftar pengundi. Ibu dah check dah. nama ibu ada. Oh! memang tidak sabar nak mengundi kerana ini pengalaman pertama ibu walaupun nama sudah ada dalam daftar mengundi sejak Pilihan Raya yang ke -12 lagi. 😀

Jom semak nama dalam daftar mengundi. Boleh klik link di bawah.

https://pengundi.spr.gov.my/

www.pru13.gov.my

 4,249 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*