Baru Dapat Google Rich Snippet

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Alahai, baru sekarang dapat tengok gambar ibu kat senarai carian Google. Dah lama dah cuba buat profail Google+ ibu itu untuk  muncul di senarai carian Google, dari tahun lepas lagi tetapi baru sekarang berjaya. Muncul juga akhirnya.

Sebenarnya, masa para blogger tengah hangat berkongsi info dan tips bagaimana membuat Google Rich Snippet ini, ibu pun tak ketinggalan untuk mencuba. Tetapi entah apa silapnya setelah langkah-langkah yang diajar itu ibu ikuti namun masih tidak memunculkan avatar ibu dan Mifzal Arsyad di senarai carian.

Banyak kali cuba tetapi tidak berjaya sehingga membuatkan ibu terus melupakan usaha tersebut. Cemburu juga dengan kawan-kawan blogger yang gambar profailnya muncul di senarai carian.

Tak sangka pula, baru-baru ini selepas ibu menukar nama blog ini daripada Ibu Mifzal Arsyad kepada IbuMifzal.Com sahaja bersamaan dengan nama domain blog ini, gambar avatar ibu pun muncul. Wah! Seronoknya 😀 Mungkin ada ketidaksamaan profail G+ dengan nama blog kot. Hehe..ibu mengandaikan sahaja kerana tidak pasti puncanya kenapa?

Pada yang ingin tahu apa itu Google Rich Snippet, boleh la rujuk LINK  dan LINK  ini untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



18 Comments

  1. tahniah…

    sy punya dah dpt sebelum ni…

    tp dek kerana tersilap godek sana sini, hilang pulek… ni nk try test balik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge