Selamat Tinggal Tema Blog ‘Thesis’

Mood nak mengarang  baru muncul. Menyepi dua tiga hari ini. Ada beberapa sebab tidak dapat berblogging bila hari cuti. Salah satunya kerana line internet di rumah yang benar-benar buat hati ibu jadi panas. Lembapnya mengalahkan siput. Rasa hendak dibaling ke dinding sahaja modem evdo itu. Mujur sabar masih ada. Bukan salah modem tapi signal cdma itu yang tidak stabil. Sebab kedua kerana tema blog yang sedikit keliru selepas wordpress blog dikemas kini ke versi 3.5. Aduhai, sayang sebenar ibu dengan tema thesis percuma ini. Tema yang ringkas tapi menarik. Mudah untuk diedit-edit. Entah apa masalah yang timbul bila tiap kali ibu mahu mengemas kini entri mahu pun menerbitkan entri baru, keluar error seperti dalam gambar di bawah.

Selamat Tinggal Tema Blog 'Thesis'

Ibu tidak pandai dalam bahasa html ini. Juga malas yang menebal untuk menyelidik. Jadi untuk menyenangkan ibu, guna sahaja tema biru dengan kelabu (Blue With Grey) ini.

Tema Blog Yang Baru

themes

Ada kelebihan juga bila menggunakan tema ini, yang ibu perasan bounce rate menurun dengan sangat mendadak. Setia saja lah dengan si biru kelabu ini. Tema ini juga, ibu pernah guna untuk blog ini. Sememang berpuas hati. Tapi biasalah, ada masa jemu datang bertandang. Itu yang rajin tangan ini mengodek-godek tema blog untuk ditukar.

Screenshot_2013-01-14-16-21-01

Susah sebenarnyna untuk setia dengan satu sahaja tema. Ada masa terluang kita cari lagi mana yang berkenan di hati. 😀

 728 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*