2013 Telah Tiba, 2012 Penuh Kenangan


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini 01.01.2013 sudah. Sekejapan sahaja rasa masa telah berlalu. 2013 telah tiba meninggalkan 2012 yang penuh kenangan.

2013

Blogging

2012 adalah tahun penjenamaan semula blog ibu. Dari sebelum ini menggunakan domain Keluarga-Mifzal-Asryad.Com, bertukar kepada IbuMifzal.Com pada Ogos 2012. Antara sebab utama penjenamaan semula? Domain lama blog yang agak panjang. Jenuh nak menaip :D. Pencapaian? Tidak banyak yang dicapai, cuma hampir 4 bulan menggunakan domain IbuMifzal.Com, Alexa Rank (175571 – eh! cantik plak nombor ini) dan Google Page Rank (1/10) bertambah baik. Bilangan trafik masih seperti biasa. Ada penurunan sedikit kerana ibu sudah tidak memfokuskan kepada entri SEO lagi. Malas!

Permohonan pengiklan dengan Komli Media (Admax) di terima. Moga rezeki dalam berblog semakin bertambah. Sebelum ini, ibu setia dengan Google Adsense dan Nuffnang. Tapi nampak gayanya, tahun 2013 ini, Nuffnang terpaksa ibu lupakan. Tapi, tidak ibu nafikan, Nuffnang antara penyumbang pendapatan ibu daripada blog, walaupun tak sebanyak mana tapi agak menarik juga 😀

Pendidikan

2012 antara tahun yang paling banyak kenangan yang mengembirakan ibu terutamanya dari segi pencapaian ibu dalam pelajaran. Alhamdulillah. Sesi 2012/2013 menjadikan sesi yang boleh ibu banggakan. Keputusan peperiksaan 2 semester  (1 sesi ada 2 semester) bagi 2012/2013 mampu membuatkan ibu senyum lebar. Kiranya sasaran ibu dalam pelajaran bagi tahun lepas sudah tercapai. Syukur tak terkata. Sesi 2013/2014,  memerlukan ibu berusaha lebih kuat untuk memastikan pencapaian sedia ada dapat diteruskan malah ditingkatkan lagi. Besarnya cabaran tahun 2013 ini.

Permohonan PBU JPA untuk membiayai yuran pengajian ibu juga telah berjaya. Syukur tak terhingga. Kurang sedikit beban kewangan tahun hadapan dan seterusnya. Abah Mifzal pun sudah boleh tersenyum lebar 😀

Kerjaya

Tidak banyak berubah, masih di takat lama. Cuma peluang untuk ibu naik pangkat ada. Pemohonan untuk kenaikan pangkat secara lantikan sudah ibu hantar. Menunggu masa untuk peperiksaan. Kononnya pertengahan Disember 2012, tapi tarikh telah diubah dan belum ditetapkan. Berharap ada rezeki ibu dalam membina kerjaya ibu pada tahun 2013.

Berpeluang menjadi panel penceramah kursus di penghujung 2012. Satu pengalaman yang sangat bernilai. Mungkin, boleh dijadikan sokongan pengalaman untuk memohon mengembangkan kerjaya di Sekolah Pemasaran  selepas habis belajar nanti (berangan dahulu).

Keluarga

Tiada perubahan dalam bilangan ahli keluarga. Kami masih bertiga ;D. Sudah hampir 5 tahun bertiga. Tahun 2013 ini, Mifzal Arsyad masuk Tadika KEMAS yang berdekatan dengan pejabat ibu setelah dua tahun di Taska Permata. Permohonan untuk ke Pra Sekolah tempoh hari tidak berjaya. Rupanya ada syarat kelayakan pendapatan ibu bapa. Tetapi tidak dimaklumkan pula ketika ibu memohon dulu 🙁 Tidak mengapa lah.

Oh! memang anak ibu sudah besar. Tak sabar untuk lihat Boboy Ibu ini memakai pakaian seragam tadika.

EDITED : Selingan

Jam 4.00 pagi, 01.01.2013. Ibu tengah ralit menaip entri ini, tiba-tiba Mifzal Arsyad terjaga dari tidur. Dialog kami,

Mifzal Arsyad : “Ibu…ibu sepatutnya tidur”
Ibu: “Ya lah…jom kita tidur, boboy cari ibu ke?
Mifzal Arsyad : ” Ya..saya cuba nak sayang ibu”

Hehe..sangat skema ayatnya. Kebiasaan Mifzal Arsyad tidur di sebelah ibu, terjaga bila nak peluk dan sayang ibu, tapi tiada di sisi. alahai, anak manja ibu ini.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
338 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


17 Comments

  1. tadi masa buka blog ibu, keluar internal server problem, refresh then ok ;), semoga tahun 2013 akan mencoretkan lebih byk kenangan manis, owh dah ada top komentor disember ye? tq kerana link back ke blog aju, aritu aju dh try pasang theme thesis. tapi aju tak reti nak edit length dsbnya jadi nanti dululah 🙂
    Jom baca entri terbaru di blog ajumohit : 2012 berlalu, 2013 pula menjelmaMy Profile

    1. kdg2 mmg ada internal serval problem..tp x tanya lg pihak hosting pasai apa..tq aju..aju pun sama lah moga 2013 lebih bagus dari tahun2 sebelumnya.

      br up td list juara komen..entry bakal menyusul.

      sblm nak edit theme thesis tu..penting aju kena tukar folder custom_sample tu kepada custom saja..kalau x edit2 tu x jad..kena tukar kt cpanel guna file manage..

      pastu baru leh edit lenght blog..ada kt thesis – design options – site layout.

      senang sbnrnya nak edit guna theme thesis ni sbb dah ada option tu..x yah nak godek2 coding bagai..