Keputusan Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PBU) JPA Sesi 2012 / 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, 28 Disember 2012 (Jumaat). Semakan keputusan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PBU) Jabatan Perkhidmatan  Awam (JPA) bagi sesi 2012/2013 telah dibuka bermula  jam 11.00 pagi. Semakan boleh dibuat sehingga 28 Januari 2013.

Link Semakan PBU

result pbu berjaya

Alhamdulillah, permohonan bagi sesi ini BERJAYA. Syukur telah mendapat pembiayaan, selepas ini tak perlu lagi ibu pening-pening kepala untuk mencukupkan bayaran yuran UUM PLK yang agak mahal berbanding program PJJ di universiti lain.

Sebenarnya ada 2 jenis program pembiayaan pelajaran yang ditawarkan oleh JPA kepada kakitangan awam yang sedang melanjutkan pelajaran secara separuh masa iaitu program Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PBU) dan Program Yuran Pengajian Separuh Masa. Setahu ibu, PBU adalah pinjaman pelajaran yang boleh diubah kepada biasiswa jika pelajar yang ditaja berjaya mendapat keputusan Kelas Pertama di akhir pengajian dan perlu dibayar mengikut peratus yang dipersetujui jika mendapat lain-lain kelas keputusan. Manakala bagi program Yuran Pengajian Separuh Masa pula merupakan program biasiswa.

Ibu ada memohon dua-dua jenis program ini. Alhamdulillah keputusan permohanan PBU telah diperolehi. Untuk program Yuran pengajian Separuh Masa masih belum diketahui (UPDATE : Boleh disemak selepas jam 5.00 petang pada 28.12.2012). Apa pun, ibu telah membuat keputusan untuk menerima sahaja tawaran PBU ini. Dan, rasanya seorang pelajar hanya ditawarkan salah satu program sahaja.

Bagi ibu, dapat yang jenis pinjaman atau biasiswa itu tidak penting, yang penting dapat jaminan pembiayaan yuran pengajian ibu untuk semester-semester mendatang. Memang, ibu sudah tidak berkemampuan untuk membiayai sendiri yuran pengajian ini selepas 4 semester sebelum ini. Memang ibu tidak mahu bebankan lagi orang-orang di sekeliling ibu yang ibu sayang. Terima kasih Abah Mifzal dan adik-adik ibu kerana banyak membantu <3 sayang korang semua!

 2,689 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. Salam ibu, saya baru nak apply PBU. Nak tanya, ada tak contoh bagaimana nak isi Lampiran C tu terutananya anggaran yuran.

    Harap ibu dapat membantu. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*