Kadar Dividen ASB Tahun 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pelaburan-ASB1

Kadar dividen ASB bagi tahun 2012 telah giumumkan pada 21 Disember 2012 oleh Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Pada tahun 2012 ini, pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

Sumber : BERNAMA.

Wah…naik sedikit kadar dividen ASB berbanding tahun 2011. Okay lah. Ibu pun kena cari balik ni mana simpan buku pelaburan ASB ni, nak check ada berapa baki.. hehe

Para pelabur ASB boleh mengeluarkan pulangan dividen dan bonus ni bermula minggu pertama Januari 2013 nanti. Wah!! senyum lebar nampak 😀

Untuk contoh kaedah pengiraan dividen ABS, boleh rujuk SINI 

 1,075 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*