"Duduk Bantah" Di Perhimpunan Bersih 3.0

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang ni tgh sibuk diperkatakan tentang Perhimpunan Bersih 3.0 rentetan daripada Bersih 2.0 yang telah diadakan pada 9 Julai 2011 dulu. Kali ini, Bersih 3.0 yang bertemakan “Duduk Bantah” akan diadakan pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka.

Keputusan untuk mengadakan Perhimpunan Bersih 3.0 ini diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa baru-baru ini. Tujuan Bersih 3.0 ini diadakan kononnya kerana 8 tuntutan ketika Bersih 2.0 yang masih belum ditunai oleh SPR dan pihak Kerajaan.

hmm.. no komen, bab2 politik ni x reti nak komen walaupun sekarang tengah amik subjek politik (Struktur Politik, Proses Pentadbiran Kerajaan Malaysia) ..hehe..bukan apa..komen2 kan ada plak yg x setuju..ihik..x boleh kata tidak, x boleh kata ya..sbb sebagai rakyat Malaysia, mereka ada hak untuk berhimpun dan menyatakan keinginan mereka..cuma berharap Bersih 3.0 ni x de lagi bom-bom asap, x de yang cedera, x de yang meninggal, x de berita keganasan polis atau keganasan peserta perhimpunan. kalau nak bantah, bantah cara yang sepatutnya, secara aman. kotakan janji berhimpun secara aman!!

ps : Jab..nak bayangkan cemana duduk bantah ya? means sambil duduk sambil pegang banner protes? kira x de la berarak2 mcm Bersih 2.0 dulu kan..

 1,316 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*