Mood Berblogging Kebelakangan Ini

Mood

Kebelakangan ini, mood berblogging ibu macam ke laut sahaja. Tak ada mood nak update blog. Jika update pun sebab rasa terpaksa dan sayangkan trafik blog yang pernah tinggi suatu ketika dulu dan 5 buffered earning yang tengah running sekarang ini. Sayang sungguh jika trafik blog kurang sebab bila trafik blog kencang, blog ini pernah menjana lebih RM300.00 bagi satu buffered earning. Bila trafik kurang, nak dapatkan RM50.00 bagi satu BE pun susah.

mood berblog
Bersawang

Domain blog pun baru semalam renew. Ibu agak trafik blog jadi kurang sebab domain dah nak expired kot. So, kena tengoklah, bila dah renew ini, adakah trafik blog kembali naik? Hehe, tapi tanpa entry SEO rasanya susah juga hendak naik. Hendak buat entry SEO pun rasanya kena ada mood untuk berblog juga. Huhu.

Kerjaya dan SBPA

Selain mood berblogging, nak cerita juga tentang kerjaya ibu. Kebetulan pula, kesihatan ibu kebelakangan ini juga berkurangan. Dah, 3 hari kena demam selesema. Hari ini ibu MC, semalam ibu masih berkerja sebab kena attend taklimat SBPA di Simpang Pulai. Dengan badan tak sihat tapi digagahkan jugak sebab excited nak tahu apa itu SBPA sebenarnya, namun ibu kecewa sebab penerangan dan slidenya sama sahaja dengan yang ibu pernah postkan dalam entry tentang SBPA sebelum ini. Bila fikir pasal SBPA ini, tak pasti hendak terima atau tidak. ibu rasa macam banyak yang tidak bagus dari yang bagus. Yang bagus cuma kenaikan gaji yang tak seberapa sahaja.

Dengarnya, ada tak sampai 7% pun seperti yg diumumkan oleh Perdana Menteri masa Bajet Kewangan 2012. Ini seperti tidak menepati janjilah. Lampiran C (jadual gaji sebaris) pun masih belum diedarkan. Kononnya diberitahu nanti akan diedarkan bersama borang opsyen tetapi menurut pemberi taklimat semalam, lampiran C tidak akan diberikan. If nak tau berapa gaji masa SBPA, telefon Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Aduhai, kalau 2000 kakitangan menelefon, larat ke nak layan dalam masa yang singkat. Haish! rasanya memang banyak tak puas hati dalam skim baru ini. Cuepacs pun suruh jangan sign dulu. Sekarang ini rasa tersepit juga, sebab nakkan kenaikkan gaji tetapi syarat-syarat dalam SBPA semakin ketat. Amat merisaukan, terutamanya dasar exit policy. Ok lah, malas dah nak cerita pasal SBPA ini sebab pada ibu indah khabar daripada rupa. Huhu.

Cerita Mifzal

Petang semalam juga masa ambil Mifzal dari Taska Permata, ibu dimaklumkan yg Mifzal dah tak layak masuk ke Taska Permata walaupun umurnya baru nak masuk 4 tahun sebab gaji kasar ibu dan Abah Mifzal dah lebih daripada RM3000.00 iaitu syarat kelayakan untuk hantar anak ke taska tersebut. Cikgu-cikgu taska beritahu, mereka cuba tolong tetapi sebab banyak permohonan yang lebih layak untuk tahun hadapan. Jadi, mereka terpaksa buat penyisihan lah,  Yang tak layak tu kena lah keluar. Ibu tak tahu lah berapa ramai budak yang kena keluar. Bila ditanya, cikgunya beritahu adalah dalam beberapa orang. Tetapi, kalau ikutkan, memang ramai ibu bapa yang berpendapatan tinggi sebab ada yang pakai kereta Nissan Teana pun ada hantar anak mereka ke situ. Sure, gajinya tak main lah takat ribu-ribu ini ya tak?

Apa pun, ibu redha sahaja lah. Sebab memang sudah prepare, masa apply dulu pun gamble saja. Kot-kot lah, ada kekosongan tahun ini belum ramai yang memohon. Tapi, untuk kemasukkan tahun 2012 dah ramai sebab dah ramai ibu bapa yang dah tahu tentang kewujudan taska permata di daerah ini. Ya lah, yuran free siapa tak nak hantar anak ke situ kan di samping modul pengajaran dan pembelajaran yang baik. Ada yang ibu yang tidak berkerja pun hantar juga anak ke Taska Permata walaupun  kalau diikutkan boleh sahaja jaga anak mereka di rumah kan. Al-maklumlah, sebab kos sama saja free. Hehe. Tapi ya lah, pendidikan di rumah mungkin tidak seformal pendidikan di Taska Permata ini. Cuma, banyak lah persaingan untuk hantar anak-anak ke situ. Tempat pula terhad. Hmm.

Hai mood berblogging, datanglah. Nak update blog tak ada idea nih!!

 877 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*