Taufan Talas Melanda Barat Jepun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ngeri tgk gambar taufan talas yg membadai barat Negara Jepun kat Facebook Berita Harian.

20 maut, 50 hilang Taufan Talas landa barat Jepun

2011/09/05

TOKYO: Taufan yang melanda barat Jepun semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala lebih 50 lagi dilaporkan hilang.

Sungai yang dilimpahi air menyebabkan bangunan dan rumah dibawa arus akibat tanah runtuh.
Seorang daripada mangsa lemas selepas banjir menghanyutkan keretanya dengan kawasan ditimpa taufan ibarat tragedi tsunami yang melanda negara itu 11 Mac lalu.

Turut dilaporkan ribuan orang ramai kini kehilangan tempat kediaman akibat taufan berkenaan.

Taufan Talas yang membadai kelmarin adalah antara taufan yang membawa kemusnahan dan angka kematian yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dengan membawa angin kencang sehingga 108 kilometer sejam melanda Pulau Shikoku dan Honshu.

Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas kecemasan bagi menangani keperluan mangsa yang kebanyakannya rumah mereka roboh akibat ditimpa tanah runtuh. – AFP

Sumber : Berita Harian

ps : mujur lah Malaysia ni jauh sket dari kawasan bencana alam tp kalau banyak sangat benda lagha x dibendung..x mustahil bala akan turun..dunia akhir zaman ni..semoga Allah SWT melindungi kita semua

 916 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*