Syarikat Telekomunikasi Diminta Mengkaji Semula Cukai 6%

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

masih lg hangat isu cukai prabayar yg akan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan prabayar kepada pelanggan mereka berkuatkuasa 15 September. pengenaan cukai ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri sendiri turut menyarankan cukai 6%  dikaji semula..

Telco kaji semula caj 6 peratus
Oleh Badrul Kamal Zakaria, Norhidayah Che Din dan Ramli Hussin

2011/09/11

KUALA LUMPUR: Semua syarikat telekomunikasi (telco) dijangka mengadakan perbincangan lanjut sama ada mahu menyerapkan cukai perkhidmatan enam peratus atau mengekalkannya untuk ditanggung oleh pengguna perkhidmatan prabayar.

Sumber berkata, perbincangan itu perlu berikutan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin yang mahukan syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan itu.

Beliau berkata pihaknya memandang serius saranan Perdana Menteri dan satu siri perbincangan akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan terbaik dalam menyelesaikan isu ini.
Setakat ini, kita tidak boleh memberikan sebarang komen kerana belum buat keputusan berhubung perkara ini, tetapi satu siri perbincangan akan diadakan dalam tempoh terdekat, kemungkinan minggu depan.

Apabila keputusan dipersetujui kelak, syarikat telekomunikasi akan mengeluarkan kenyataan baru, tetapi kita juga tidak pasti sama ada kenyataan itu dibuat secara bersama atau mengikut syarikat masing-masing, katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta syarikat telekomunikasi mempertimbangkan semula cukai enam peratus terhadap pengguna talian prabayar sebelum isu itu dibawa ke Kabinet.

Saya sudah janji bawa perkara ini ke Kabinet tetapi berharap syarikat telekomunikasi mempertimbangkan dulu sebelum perkara ini dibangkitkan (dalam mesyuarat Kabinet), katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini, semalam.
Di BACHOK, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata cadangan syarikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus amat tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, kerajaan berusaha membendung inflasi supaya tidak membebankan rakyat, namun jika ia berlaku sebaliknya, itu menunjukkan syarikat telekomunikasi seolah-olah membelakangi kerajaan.

Syarikat telekomunikasi di negara ini masih berupaya meraih keuntungan besar seperti sekarang, walaupun mereka tidak menaikkan cukai berkenaan terhadap pengguna, katanya selepas majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah, Tangok, semalam.

pada ibu tidak perlu dikaji semula tetapi dikecualikan langsung cukai ni..x masuk akal alasan syarikat telekomunikasi utk mengenakan cukai ini..kerana hanya membebankan rakyat sahaja…rata2 pengguna prabayar adalah golongan yang berpendapatan sederhana..

ingat x isu Astro naikkan harga pakej? dulu kan kecoh jugak, kabinet jugak tidak menyokong kenaikan harga tersebut..tapi apa yang jadi? pihak Astro tetap naikkan harga..dah 2 bulan kami pelanggan2 terpaksa membayar harga yg tidak munasabah dengan perkhidmatan teruk yang diberikan..bila hujan je siaran tergendala…dah la skang ni kerap hujan..hmm

begitu jugak dgn isu prabayar ini..ibu x fikir pihak syarikat telekomukasi2 ini akan mendengar saranan PM, w/pun dibawa ke kabinet sekali pun..rakyat tetap akan dibebankan juga dengan perkhidmatan yg x sepadan dengan wang yg dibayar…

ps : rakyat mmg selalu didahulukan….hmmm korang fikirkan lah sendiri

 936 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*