Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Diambil Tindakan Oleh SKMM

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu baru baca blog Anatasyea pasal penghina Islam iaitu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara telah diambil tindakan oleh SKMM @ Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

SKMM telah berjaya mengesan individu yang berselindung di sebalik nama Makcik Hajjah ni..dipercayai individu ini berada di Sweden. SKMM juga telah berjaya mengumpul maklumat keluarga individu tersebut dan telah mengemukakannya kepada Peguam Negara untuk diambil tindakan.

Pihak SKMM juga telah menghubungi pihak Interpol berkenaan kes ini dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menahan individu terbabit.

Kes yang melibatkan individu yang tinggal di Sweden ini, tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’. Namun sekiranya individu tersebut berjaya dibawa pulang ke tanah air melalui kerjasama pihak Interpol. Individu terbabit pastinya akan berdepan dengan tindakan undang² membabitkan kesalahan menghasut, memperkecilkan agama dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

sumber : http://www.anastasyea.com

hah!! akhirnya akan diambil tindakan jugak..makcik tuh ingat dia hebat sangat ya..tunggu lah balasannya..x dapat kat dunia..kat akhirat sudah tentu…

harap selepas ini tidak akan ada lagi individu yang berani dan secara terangan menghina agama Islam…yang sedihnya golongan murtad ni bukan org yg x de basic agama..harap juga SKMM memantau perkara ini dan jgn sampai ada lg kes2 begini terjadi.

ps : bak kata anatasyea..sepandai2 pandai tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah jua..

 

 

 743 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*