Kes Samun : Isteri Disimbah Asid

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

pagi2 dah terbaca kes simbah asid di Berita Harian…huhu..mengerikan…makin menjadi2 kes2 begini…kali ni kes samun dan mangsa disimbah asid..

ALOR SETAR: Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

“Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

“Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti. Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

sangat kesian..niat yg baik nak tumpangkan org yg kononnya kesusahan…akhirnya menerima padah..x tahu nak label kanapa manusia keji yg menyamun tu..dah la samun..yg kau pegi simbah asid tu apahal….kesian mangsa..dah la nak2 raya ni…

serius lah..kes2 jenayah makin menjadi2 skang..kata kes jenayah makin menurun? ini hari2 ada laporan ni..apa ke helnye…???????

seblm ni ibu ada jugak menerima sms yg diforward mengenai peringatan pihak polis (tp x sure betul ke dr sumber yg sohih) tp sbb itu nasihat supaya org ramai leh berhati..kira leh diterima pakai lah..akhir2 ni kes samun di area perak pun makin menjadi2..bukan samun saja..tp mangsa diliwat/dicabul…huhu..ngeri betul..so kena berhati2…make sure dblm tido..pintu n tingkap dikunci..if nak tinggal rumah dlm tempoh yg lama..make sure jiran tahu or lapor pd polis..supaya pihak polis boleh buat rondaan..

kat kampung ibu ni pun heboh dulu kes pecah rumah..tp pas org kampung buat rondaan tgh2 malam..x dengar dah..tp skang org kampung dah x meronda dah..so mmg risau gak ler..hope dijauhkan kejadian2 sebegini..

Cara utk mencegah penghakisan teruk pd kulit yg terkenal asid

  • Bawa sebotol air dalam beg tangan  dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
  • Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
  • Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan
  • Jika  boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkan serbuk penaik, sodium bikarbonat dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.
  • Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya
  •  Dicadangkan menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

ps : semoga Allah SWT melindungi kita dari segala kejahatan….

 707 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*