Ada Peningkatan :)

Alhamdulillah, ada peningkatan juga prestasi blog ibu sekarang berbanding dua – tiga bulan yang lepas. Okay lah walau pun peningkatan itu sedikit sahaja. Dari tak ada langsung kan. Ada peningkatan unique visitors (UV), kalau dahulu tidak pernah sampai 100 UV sehari tetapi sekarang ini  sudah mencecah lebih 200 -300 UV sehari. Syukur, sekali ganda juga lah peningkatannya. Hehe, ini yang buat ibu jadi gembira dan semakin bersemangat untuk lebih berblog. Hehe.

ada peningkatan
Statistik pengunjung.

Sebenarnya ibu boleh dikatakan sedang buat ujikaji . Ujikaji apa? Ujikaji berblog dengan menggunakan SEO. Selama seminggu ini, result nya visitors meningkat lebih sekali ganda daripada biasa.

Tetapi, ibu sebenarnya pun tak berapa faham juga apa itu SEO? SEO ini dikenali sebagai Search Engine Optomization. Hehe, termalu pula. Sudah hendak masuk 3 tahun dalam dunia blogging ini pun masih tidak tahu tentang SEO. Ya lah, ibu memang tidak tahu dan dahulu memang tak pernah ambil tahu pun. Jadi, bila dah tengok blog orang lain yang tak sampai setahun pun dah famous, ibu terfikir juga. Walau pun, menjadi famous itu bukan lah tujuan ibu dalam berblog ini, tetapi ibu sangat tertarik dengan bagaimana blog yang famous amos ini menjana pendapatan dengan hanya berblog sahjaa. Ya lah, bab duit siapa tidak mahu kan. Tambah ibu yang mata duitan ini. Haha!

BACA INI : Setelah 2 Tahun BerBlog

Ibu banyak dapatkan maklumat dan tips mengenai SEO ini bila ibu baca blog Pendekar Berkuda. Kalau kawan-kawan berminat hendak tahu tentang apa itu SEO? Boleh lah terjah blog beliau.

 691 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*