Strategi Tidurkan Anak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..


Anak ibu, Mifzal Arsyad sgt2 sudah nak tido..walaupun sebenarnya dia dah mengantuk..kemahuannya bermain sgt tinggi berbanding tido..pening ibu dibuatnya..selalunya kalau ibu kul 10 mlm dah terbungkang (penat..huhu)..tp mifzal arsyad still maintan main..kdg2 ibu n abah dah lena tp mifzal masih main sorang2….kdg2 kul 1-2 pg masih belum tido..kalau x paksa..n selalunya ibu mmg akan paksa mifzal tido..walaupun dia meraung x mau tido lg..akhir2nya mifzal terpaksa rela gak la tido..selalunya yg ibu buat utk dia tido..usap2 dahi mifzal, main2 kepala n rambutnya..itu pun jenuh gak la..nak kasi dia mengantuk…kalau x jalan gak..terpaksala ibu henjut buai mifzal atas riba..itu pun kdg2 x jalan..siap leh senyum2 kat kita n ajak main..geram tul kadang2 tul..

so..kat sini ibu nak kongsi la tip yg ibu amik dr Kosmo Online mengenai tips utk tidurkan anak..jom kita kongsi.

MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.

Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual.

Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:

*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur

*Perlukan banyak kesabaran

*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling

*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur

Mengapa anak tidak dapat tidur?

Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.

Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

Ingatan waktu tidur

Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Nak, sudah tiba masa tidur’ atau ‘Selamat malam’ atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.

Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Selesanya katil

Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.

Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.

Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.

Tip-tip penting

*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.

*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.

*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya. Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau ‘menidurkan’ anak-anak patung di katil.

*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.

*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah ‘ditinggalkan’ apabila terjaga sebelum ini.

Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.bbc.co.uk/parenting.

sumber : Kosmo Online

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



6 Comments

  1. shah-ila-ain —> tu la..mmg jenuh melayan peel mifzal ni..cam smalam..kul 1 pg br tido..tu pun kena mandi dulu sbb badan dah berpeluh..kalau x merengek…

  2. hmmm…jenuh betul mememang nak layan budak2 yg payah nak tdo ni…ain kalau dlm kul 10 dia dah tdo…mifzal ni memang nak main jerr nii…hehe…sabarlah yerr ainey…cuba lah try tips2 yg diberi tuhh…hehe..

  3. oya —> hehe..darwisy pun cam tuh gak oya..adeh..letih kan..melayan anak yg x mau tido ni..itu la..bila dia nangis tu br la ada tanda2 nak tido..itu pun kena berbuai bagai dulu la br lena..aduyai..

  4. suhida —> mifzal mmg aktif su..tu yg asyik main je..sabo2 jgk..tp bila dah capai limit..aku bertukar jd incredible hulk..tp tu la..dak mifzal ni plak jenis pandai memujuk..mula la aku cair plak..n biar je dia main..huhu

  5. ainey wei…samelah mcm darwisy…tensen nak tidokan dia kul 1-2 main2 je..aku mcm kolah duk layan usap2 rmbt..mcmlah2 tapi mengamuk tak mau tido..stail darwisy ni kalau mrh acap kali then biau dia menangis baru dia rasa nak tido selagi tak ngs payah hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge