Yihaa!! Menang Hadiah Daripada Huggies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Lupa ibu nak citer pada entri sebelum ni, masa ibu duduk menemankan Baby Mifzal dalam wad tempoh hari, pihak Huggies Malaysia ada call ibu beritahu yang ibu merupakan salah seorang pemenang 3 Months supply of Ultra Huggies diapers. Alhamdulillah, rezeki. Ibu join contest itu pun saja suka-suka. Main tekan sahaja. Hehe, syukur rezeki Baby Mifzal lah ni. Dapat pakai diapers jenama Huggies. Sebelum ini ibu beli yg biasa-biasa saja. Al-maklumlah sedang bajet. Hehe.

Menang Peraduan Huggies Malaysia

Ketika wakil Huggies Malaysia telefon, berbelit-belit lidah juga ibu nak menjawab. Al-maklumlah dia cakap omputih. Ibu dah lama tak speaking. Dah berkarat dah lidah ni. Apa-apa pun thank to Huggies Malaysia.

Jimatlah perbelanjaan kos untuk diapers Baby Mifzal 3 bulan nanti. Sebulan banyak juga guna. Biasalah masih baby kan banyak guna diapers. Apa pun ibu sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. Tak sangka, di saat sedih, Baby Mifzal terpaksa masuk hospital, ada juga cerita gembira.

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge