2 Komando Malaysia Terbunuh Dalam Insiden Pencerobohan Di Lahad Datu


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terkejut baca di Website BERNAMA mengenai insiden tembak-menembak di antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh dari pemberontak sultan sulu di perkampungan  Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah yang dikhuatiri  telah mengakibatkan kematian 2 orang komando Polis yang terkena serangan mortar.

563510_517696128269723_601682377_n

Sumber di facebook memaklumkan 2 anggota dari Unit 69 Komando telah terkorban. 10 penceroboh juga dikhabarkan turut terbunuh.

Semoga pasukan keselamatan kita yang ditugaskan di sana selamat dan keamanan dapat dikekalkan.

ps : Seingat ibu, sebelum ini ada keluar berita kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengenai kes ini dan mengatakan jangan bimbang kerana para penceroboh tersebut akan dihantar pulang ke Filipina. Kenapa pula insiden ini boleh berlaku?



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
269 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


5 Comments