2 Cerita

Lamanya blog ini terbiar. hampir 6 bulan tanpa cerita baru. Sungguh mood berblogging ke laut. Tak dapat dicari. Apa ya nak dikongsikan? Menggaru kepala ibu. Bukan tak ada cerita. Cerita tu ada tapi nak memulakannya itu aduhai, malasnya! Ibu ada 2 cerita gembira yang ingin ibu kongsikan di blog kesayangan ini bersama-sama pembaca semua. 😀

Cerita Pertama

2 cerita
Majlis Konvokesyen UUM ke 28

Akhirnya, bebanan belajar ibu sudah habis. Result peperiksaan semester akhir juga sudah pun keluar pada 16 Jun 2012 yang lalu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah SWT, impian ibu dalam pelajaran akhirnya tercapai. Akhirnya, ibu berjaya menamatkan pengajian ibu dengan keputusan yang ibu kira agak cemerlang. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat untuk ibu meneruskan perjuangan ini sehingga berjaya. Dalam tempoh 4 tahun lebih ini, pelbagai kenangan pahit manis dan cabaran yang ibu hadapi. Namun, berkat doa kalian, akhirnya ibu bergelar graduan. Insya Allah, Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-28 akan diadakan pada 24 – 28 Oktober 2015 nanti.

BACA INI : Cerita Raya Kami

2 Cerita
Kenangan Belajar

Cerita Kedua

Alhamdulillah juga, setelah penantian selama lebih 5 tahun. Akhirnya rumah idaman ibu sudah siap pada 8 Mei lepas. Kunci pun dah diambil. Seronoknya tak terhingga. Tak sabarnya nak duduk rumah sendiri. Teruja sangat-sangat. Banyak benda hendak diuruskan sebelum dapat berpindah ke rumah baru. Bajet pun tak banyak, jadi buat yang mana penting dulu. Harap-harap dapat pindah masuk secepat mungkin. Banyak juga keperluan untuk masuk rumah baru yang kena disediakan. Tak tahu nak dahulukan yang mana. Rasanya semua nak dibuat serentak dalam sekelip mata. Hehe..punya tak sabar nak masuk rumah baru kan!

2 cerita kisah rumah baru
Perihal Rumah Baru

Kalau buat kira-kira, banyak juga duit yang akan habis bila hendak masuk rumah baru. Banyak keperluan yang perlu disediakan. Tapi dalam masa yang sama perlu juga berjimat-jimat. Sediakan keperluan yang penting dahulu. Kalau ada budget lebih boleh lah renovate rumah idaman nanti.

 938 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

  1. ini rumah yang di bidor damansara tu ke? Saya ada juga plan nak beli rumah dekat sini sebab nampak banner dia tempoh hari.
    lama juga ye proses rumah ni disiapkan.

    btw, tahniah sis dapat masuk rumah sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*