10 Makanan Terbaik Untuk Rambut

Rambut yang cantik sememangnya sangat didambakan oleh insan yang bergelar wanita. Rambut merupakan mahkota wanita. Mempunyai rambut yang lebat dan sihat tidak lah susah untuk diperolehi. Terdapat tip dan juga petua yang boleh diamalkan oleh kaum wanita untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat. Salah satunya adalah dari segi pemakanan. Ada makanan yang boleh diamalkan untuk menghasilkan rambut yang cantik. 10 makanan terbaik untuk rambut adalah seperti berikut :-

10 Makanan Terbaik Untuk Rambut

1. SALMON
Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3 yang sihat untuk menyuburkan rambut. Omega 3 ini juga berkhasiat untuk memberikan kesan rambut bersinar dan halus. Fakta mengatakan bahawa makanan yang mengandungi omega 3 dapat membantu keadaan kesihatan rambut secara keseluruhan. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi omega 3, rambut mudah rapuh. Untuk alasan ini, penting untuk makan makanan yang mengandungi nutrisi omega 3.

Makanan Terbaik Untuk Rambut
Rambut cantik!

2. SAYURAN HIJAU
Sayur bayam. Kangkung dan sayuran hijau yang lain mengandungi jumlah vitamin A dan C tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Oleh itu pastikan anda memasukkan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Hal ini kerana memang sudah terbukti bahawa sayur-sayuran mampu menyihatkan rambut.

3. TIRAM
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga boleh menyebabkan bulu mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Anda jga boleh mendapatkan zink daripada beberapa bahan makanan seperti bijirin dan roti gandum. Walau bagaimanapun tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa protein yang cukup. Tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut yang gugur setiap hari.

4. DAGING PUYUH
Menu yang sering dianggap luar biasa ini kaya dengan protein, zink, zat besi dan vitamin B. Kandungan dalam daging puyuh mampu menjaga helaian rambut agar kuat dan tidak mudah rapuh. Hal ini kerana sebahagian besar rambut dibangunkan oleh protein.

Ubi Baik Untuk Rambut

5. UBI
Ubi merupakan bahan makanan yang kaya dengan beta karotena. Beta karotena sendiri merupakan bahan yang diolah oleh tubuh menjadi vitamin A. Vitamin ini membantu melindungi dan menghasilkan minyak yang menguatkan kulit kepala. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A boleh membuatkan seseorang berasa gatal kulit kepala hingga mengalami masalah kelemumur. Pilihan ubi terdiri daripada ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang dan sebagainya.

6. KIWI
Buah kiwi bukan sahaja sedap dimakan tetapi mewah dengan jumlah vitamin A yang membantu melindungi helaian rambut anda. Buah kiwi merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala.

7. BERI BIRU
Buah super eksotik ini sememangnya kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk sistem pengaliran darah pada kulit kepala. Kandungan Vitamin C juga menyokong pembuluh darah kecil menyalurkan zat pada folikel rambut. Kurangnya vitamin C boleh menyebabkan kerosakan pada rambut.

8. SUSU RENDAH LEMAK
Susu rendah lemak merupakan sumber protein tinggi yang mengandungi vitamin D dan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Terbukti bahawa susu rendah lemak bukan sahaja untuk mengawal berat badan tetapi dalam masa yang sama merupakan makanan hebat untuk rambut anda.

9. KACANG-KACANGAN
Makanan ini memiliki kandungan tinggi vitamin, zat besi, zink dan mineral penting. Ia dapat menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Makanan ini juga merupakan sumber protein tanpa lemak.

10. TELUR
Telur juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Sumber makanan ini juga turut mengandungi jumlah vitamin B yang tinggi dan amat diperlukan untuk kesihatan rambut. Seelok-eloknya pilih telur omega 3 atau telur organik.

 1,090 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*